...............................................................

...............................................................

Sabtu, 14 November 2015

PAHLAWAN KERIS

Serukan semangat tempur
keris tak asah
sudah mampu tembus
jasad musuh jadi bangkai
jasad pahlawan jadi emas

nafas kan udara darah musuh mu
biar ganas berlaku begitu
setelah musuh mencuri harta mu
tanah mu, beserta nyawa sahabat mu

tikamkan di leher mereka
terputus nadi di perang berdua
tunjukkan perkasa pencaknya Lekir

sekali agah, tumbang Roma.
Tumbang Persia.
Tumbang Khazar.
bukti pahlawan keris megah.

15/11/15

Rabu, 11 November 2015

BINASA BUAYA

Sang binasa tasik
renangnya tenang
tiada yang tahu
mencari mangsa yang
leka dan kaku

sudah tiba sarapan pagi
dibuka mulut luas terperi
tajamnya gigi taring gerigi
menggigit daging tak bisa lari
habis merah tasik seisi

itulah buaya gerang diberi.

ada yang suka mainkan
hati insan yang terkapai
dikacau-kacau yang tagih sayang
habis digenggam hati
dan disiat mati

habis rosak hati insani
kaum hawa bersedih hati
dek buaya yang satu ini
buaya darat di alam realiti
lebih bahaya dan ngeri
berbanding di Tasik Chini.

12/11/15

Isnin, 2 November 2015

HINDUSTAN

kisah bahasa tak dierti
tonton cuba fahami
baca tafsir bawah skrin
harap bisa dalami
langkah kisah maknawi

kemudian ia menyanyi
bawakan tarian dan lirik
melodi dan sastera bahasa seiring
membawa falsafah bangsa setinggi
biar dunia baca mengerti
bahasanya kaya sekali

lalu tibalah konflik suspensi
si ibu halau anak sendiri
jauh lari jauh pergi
yang tadi menari bertukar sepi
yang riuh hilang rentak menari

kemudian datang pengubat hati
datang adik kandung sendiri
memujuk pulang rumah kembali
maka pilih tak atau ingin

maka dipilih pulang sekali
meminta berkat di bawah kaki
kaki ibu banyak misteri
dipelik ibu berkali-kali
sudah se-abad larikan diri
jalan cerita kisah hindustani

2/11/15

Jumaat, 30 Oktober 2015

LANGIT BIRU KEMBALI LAH

Mata ku celik tak buta
ku buka seluasnya lihat merata
harapkan segala indah di mata
kan tuhan cipta dunia serata
dari awal ke hujung peta

langit, ku dongak dan melihat mu.
sayang, masih ku cari mana kamu.
telah ditarik nikmat pandang ku.
dek dosa yang lalu
apa ku tak tahu?

Rajuk, jangan lah merajuk lagi
ku rindukan biru mu di hari pagi
ingin ku pujuk beribu kali
kau bukan wanita ku bisa ayati
cukuplah lolong ku di dalam hati
semoga kau dengar dan amati

merindui kau yang lama pergi
wahai sayang pulanglah ke sini
aku merayu, pinta kau mari
kau tiuplah kabus yang menghalangi
ayuh hadap wajah ku berseri
ukirkan senyum ku di hari-hari

sesungguhnya lama ku di seksa
dek litupan bekas bakar binasa
aku tak bisa bernafas lagi
akan ku bersujud aku bersyukur
kau hadir kembali
membiarkan aku hidup lagi
setelah mati setengah jadi

tidak pernah aku mengherdik
apa lagi caci dan maki
wahai langit ku hanya memuji
tak pernah ku kritik

Wahai langit kurniaan
kau bukti kuasa ilahi
ikut lah Dia bawa mu pergi
cuma satu ku pinta harap
pujuklah tuhan bawa mu kembali
doa ku belum tentu jadi

Dia bisa bawa kau pergi
Dia bisa bawa kembali
bukti Maha Kuasa ilahi
sudah aku mengerti

30/10/15

Rabu, 28 Oktober 2015

AKU CEMBURU


Berjalan-jalan di tepi lorong
ku lihat seorang anak
sedang memberi makan
sang tua yang tiada daya
aku cemburu.

mengapa aku tiada budi itu?
mengapa tidak ku rebut pahala itu?

aku menyusur ke tepi batu
ku lihat cacing di celah batu
sedang menari mengeliat di situ
tanpa bising, tanpa lagu.
aku cemburu.

mengapa aku tak bisa bersyukur?
mengapa tidak aku redha?
gembira dan menari sambil menerima nasib ku?

aku melompat di dahan
ku lihat buahnya merah
buahnya ranum
teringin aku mengkapainya
namun dahan ku tak cukup inci
terus ku jatuh mencium lantai
aku cemburu.

mengapa tidak indah rupa ku?
mengapa aku bukan di kedudukan yang tinggi?
dan mengapa mudah orang menyentuh dan permainkan aku?

aku mendongak ke awan.
ku lihat awan berkumpul-kumpul
lalu hujan menerpa wajah ku
terdengar dentuman marah sang guruh. Ku merayu ia berhenti.
aku cemburu.

mengapa aku tak bebas terbang?
mengapa aku tak bisa menangis tanpa ada yang ganggu?
mengapa aku tak bisa marah tanpa ada peduli? Tiada yang pujuk aku. Di kala nangis ku dan marah ku.
Hanya aku dan aku.
Aku cemburu.

karya:pakderih
28/10/15

OH SIKAP

Ku kenali diri mu
dari mu, mu yang dulu
yang tiada bengis di muka
senyum menjadi tanda nama

yang hormat orang tua
semua ingin peranakkannya
yang baik bahasanya
semua penyair sujud padanya

semua tahu pekerti mu mulia
kalah semua anak nusantara

apakah iblis telah bisik pada mu?
agar hilang segala baik mu
yang kini ku lihat hancur
bagai neraka rumah abadi mu

atau hilang segala iman mu
tumbuh tanduk di sebelah telinga mu
agar engkau mengilai
dan rosakkan bumi

sayangnya, oh sikap.

mengapa yang baik itu payah
dan yang buruk itu mudah?
mengapa yang baik itu perit
dan yang buruk nampak indah?

karya: pakderih
28/10/15

GODAAN PASAR

duit penuh di uncang
wang limpah di saku
bagai emas sependang
harta langkaui Qarun

bila jalan ke pasar
ingin melunas hajat
ingin membeli-beli
yang perlu dan yang mampu

namun apalah nasib
harta kaburi mata
semua lihatnya murah
semua lihatnya mudah
dibeli semua licin tak sisa

boros ,
tuhan murka.
bazir,
syaitan suka.

diturutkan saja
asal puas diri melayan
buangkan duit di pasar-pasar
biar dikikis wang mu hilang
hingga tinggal kerak serbuknya

karya: pakderih
28/10/15

WARNA POLITIK

Ada yang tengkar
jauh pandang berekar
bezanya dari akar
tiada sepakat mampu lakar
hanya gaduh dan bercakar

ada yang merah
Melayu juangnya sumpah
keris dicium dipapah
semoga anak bangsa melimpah

ada yang hijau bendera
pegang Islam janjikan mara
Quran dirujuk, Islam bersuara
jangan derhaka Yahudi kera
perjuangan suci siapakan tara?

ada yang bermata-mata
ataukah bulan terbalik kata
dahulu merah dia ditakhta
namun dibuang dek khabar berita
maka parti baru tercipta

ada yang mesin terbang angkasa
bukan Cina sahaja merasa
ingin membentuk ratanya bangsa
dengan cara lain perisa

ada yang India semua di pentas
menggenggam janji juang teratas
ada yang Cina semua di dalam
juangkan janji terang tak kelam
bergabung satu dengan sang merah
bangkit menentang penjajah marah
hingga tercipta Malaya gah.

hakikat, politik kita
tidak abadi adil saksama
tidak abadi baik semua
tidak abadi pinta pimpinnya

ada yang campak duit korupsi
hingga duduk di emas kerusi
gunakan duit rakyat seisi
melunas nafsu yang iblis kasi
boros dan jahil akal tak isi

karya:pakderih
28/10/15

Selasa, 27 Oktober 2015

SOSIAL BARU

Sembang-sembang bual senda
dahulu jumpa riuh lah tanda
bisingnya hingga negeri Sunda
betapa riang sambil menyandar

terpekik-pekik dan ketawa
terbahak gelak terbawa-bawa
sang gadis ukir senyumnya lawa
tanda sopan dan manis si hawa
menjadi idaman segala dewa

kadang gurau bertepuk tampar
kadang bantal dan tisu dilempar
kerana gurau mulut celupar
akhirnya termakan selipar
candaan begitu pun dihampar-hampar

hari ini tidak lagi
ada telefon skrin di jari
dua puluh empat jam pun tak henti
dek ketagih kan teknologi
tiada sembang gurau lagi
tinggal manusia berhati besi
kaki pabila kawan di sisi

karya:pakderih
27/10/15

BANGSA EKONOMI

Ini tanah dikenal emas
harta duit kaya merimas
penjajah datang harta dirampas
bumi kaya diugut keras

sumber tanah datang yang baru
dagang lama berevolusi maju
datang pelabur Cina dan Beirut
peniaga semua hala melulu

Cina,
bijak akal sini sana
jual segala semua
mengira-ngira adat berniaga
Cina berniaga kan sudah lama
berkurun abad bertukar nyawa
nama cina niaga kuncinya

India,
rempah dari hutan liar
nilai setinggi beratus miliar
bawa didagang sambil bersiar
carikan duit tak apa ikhtiar

Melayu,
Langkasuka saksi dahulu
Srivajaya gah di hilir dan hulu
pelabuhan segala bangsa kelu
betapa maju Melayu
sepatutnya kaya rasa malu
tapi bisa berjaya maju
jangan pilih kerja,ambil saja dulu.

Arab,
laluan sutera lama diterap
membawa dagang keluar Arab
segala rintang hari berderab
dinar masuk hasil didarab
sungguh kaya syukur ya Rab.

Karya: PakDerih
27/10/15

Isnin, 26 Oktober 2015

SABAR

Sukar
payah
tak mudah

aku manusia penuh amarah
penuh nafsu segala serapah
kadang pantas tergopoh-gapah

bukan mudah aku
sabar dan kaku
hati tak tahu

marah,
tengking ku arah
kadang letup, parah

nafsu,
menjadi isu
pakai topeng palsu
harap nafsu lesu

cepat
teruja aku hati rapat
takut lambat tak sempat

tolong aku
usapkan dada ini
biar sejuk hati kembali
biar pingin dosa tak jadi
biar tenang jasad berdiri

Karya: Pakderih
26/10/15

Sabtu, 24 Oktober 2015

DIARI SAMPAH

ku tuliskan diari ku
di atas mu
kadang ku silap ukir
ku koyak dan campak ke tepi

ku tak tahu perasaan mu
asalkan mudah kerja ku
ku tak rasa perih mu
tak merasa sakit mu
yang ku fikirkan hanya jerih diari ku

dibiar jasad mu lama
bila nampak ku buat tak tahu
kerna malas mengutip kamu
kadang ku hanya sepak
biar nyah kau dari ku

dan engkau entah di mana
bagai tiada harga
tiada yang punya
tidak bergerak

semakin lama
semakin sampah
kau diari ku
yang kini sampah.

Karya:PakDerih
24/10/15

JEREBU BUTA

Pengkabur mata
pandang ku dihalang
ku jengket kaki mengintai
ku dongak-dongak menjengah
ku kipas muka melihat
yang ku lihat hanya engkau.

kau datang dari mana?
cari apa?
untuk apa?

tiada aku menjemput mu
pergi lah dikau aku halau
nyah dari sini
pergi jauh ku tak peduli
kau tak endah
kau tak pergi

Ya tuhan
tolong lah aku
mereka tak dengar ungkap ku
hanya Kau aku nak mengadu
hilangkan mereka dari sini
bawa sejahtera
hilangkan buta ku
aku ingin lihat kembali

karya : PakDerih
24/10/15

Khamis, 22 Oktober 2015

DARJAT PASIR

Terbang layang
ditiup sayang
terhuyung-hayang
tiada yang halang
tabur malang

diinjak tak apa
dihenyak tak apa
digesel tak apa
disepak tak apa
memang darjat setaraf tanah

kadang termasuk mata
dihembus agar hilang derita
mata yang awal gelap gempita
terang bagai dibuka pelita

sebutir, kerdil diri
di tengah segala kanan dan kiri
rendah diri bertambah seri
tinggi diri tak layak berdiri
hakikat kecil jasad sendiri
cukuplah duduk, henti menari.

Karya:PakDerih
21/10/15

Selasa, 20 Oktober 2015

AIR PERSADA

perahu
aku pinta dikau
seberangkan aku
dari tebing ke tebing
ku mahu..

Rakit
ku pinta dikau
apungkan aku
aku di sini
tak mahu tenggelam

kayak,
ku pinta dikau
rentaskan aku
yang jatuh terjun
jatuh basah. tahan mati.

Jong
ku pinta dikau
layarkan aku
di laut mana
biar aku hanyut
di tujuh lautan

segala ku pinta.
tidak bisa makbul
dia bukan tuhan
tak bisa dihenti arus
tak bisa ditiup layar
tak bisa dikayuh air
jika bukan kerna tuhan.

karya:pakderih
20/10/15

ANAK-ANAK

Anak yang mana
berlari ke sana
mengejar burung yang terbang
sampai gaung burung melayang
hampir jatuh anak
ingin tahu dipersalah

anak yang mana
yang tak hendak makan
sudah suap masuk
habis keluarkan
guris hati ibunda
lelah memasak
apakah tak sedap, kau jelirkan

anak yang mana
yang tak dengar kata
jangan berlari di ruangan
jangan panjat meja
jangan panjat pagar
sudah jatuh luka, balasan

anak yang mana
yang mandi tak hendak
sibuk bermain dengan kawan
peluh dah melekit
daki melengket
bau hebah ke puncak bukit
masih tak hendak

sabarlah orang tua
kan itu kan kanak-kanak
bukan dulu kau tak pernah
malah lebih teruk pun biasa

bapa kencing berdiri
anak kencing berlari
cucu kencing berjoget
cicit kencing berzikir
piut, lagi kan bagaimana?

karya:pakderih
20/10/15

Ahad, 18 Oktober 2015

JIRAN

bagaimana kan adat tetangga
jagakan saja seluruh keluarga
kongsikan sama waktu berharga
labuhkan sauh waktu di dermaga
bantu jiran yang terus dahaga
bisa selamatkan mereka dari naga

pesan lah pesan hai jiran
bersembang santai di depan laman
gotong-royong di balai aman
kadang sama-sama senaman
ada waktu merewang taman
kalau terumpat, mulut disaman

masak-masak lebih kuahnya
biar lebih jangan kurang hendaknya
rumah jiran diketuk pintunya
berilah sikit jangan ditanya
tapi bekas ini aku yang punya

jagakan rumah diwaktu tiada
letakkan jerat kau sedia
kalau tertangkap itu lah dia
jiran tertangga yang setia
ada sedia hati mulia

Karya: pakderih
17/10/15

GURU

menunggu..
akal yang kering dibasahi ilmu.
entah bagaimana mahu
belajar sendiri ilmu tak lalu

ku perlu wahai guru
ada jadi penunjuk
limpakan aku segala tahu mu
agar manfaat untuk diri ku

terima kasih peluh yang jatuh
keringat kering tanpa disentuh
tanda jasa mu, ikhlas kau utuh
buat mahu ku tak mudah runtuh

segala limpah kau pahatkan
aku kan bawa sebar-sebarkan
biarkan luas pahala mu sakan
biar ke kubur kau dapat makan

karya:pakderih
17/10/15

MAJU KU KENAL

Bermula dengan mengenal lampu
ku tekan suis buka tutup
ku lihat malap terang
ku teruja

kemudian aku kenali
kotak yang juga ada lampu
digelar ia televisi
ada orang di dalam itu
bagaimana muat ku tak tahu
ku tukar siaran baru,
ku lihat orang baru.

ku kenali pula telefon
banyak butangnya
ku tekan-tekan
hanya pilih susunan nombor
terhubung aku dan ibu di kampung

ku kenali pula komputer
kotak televisi yang berbeza
ku bisa menulis kerja di situ
oh, lupa.
ku tak tulis.
ku taipkan ia.
kemudian ku simpan
tanpa memegangnya.

ku kenali telefon bimbit.
ku bawa ke mana sahaja.
satu kampung ku hubungi saja.
kemudian datang telefon pintar.
banyak pula guna-guna
ada telefon, ada komputer
ada televisi ada lampu

macam-macam ada.
dunia sudah maju
tuhan, kenal kan aku
dengan apa lagi yang baru
ku ingin tahu

karya : pakderih
17/10/15

Jumaat, 16 Oktober 2015

UCAPAN KU

Jika aku peluang diberi
untuk berucap semua dengari
banyak kata ingin ungkapi
dari beribu bahasa bumi,
agaknya apa ku kata nanti.

maka aku akan berdiri
di atas batu segala pangsi
hanya berapa perkara pasti
ku pinta ampun dosa dan sangsi
halalkan aku kuku dan isi

harap semua dengarkan
kalimah ku zahirkan
silap kalian ku maafkan
senda mu hati tak makan

kata ku
untuk seluruh warga dunia
dengarlah segala telinga

Karya: PakDerih
17/10/15

UJIAN SAYANG, MURKA

Rasa sensara
beribu lara
habis merana
sedih, pilu sentiasa
tak terungkap masa
betapa dasyat, landanya apa?

ujian tuhan datang
kerna ingin dosa dihilang
kadang untuk membiar matang
untuk ditegur yang lepas dan  datang
tanda tuhan masih sayang

ujian tuhan datang
kerna derhaka tak hendak ditatang
manusia kadang berperangai binatang
azab tuhan berpukal lintang
murka tuhan tak mampu ditentang

ujian..
terima kasih tuhan
ingatkan lupa ku.
ampunkan aku
aku takut pada mu.

Karya: PakDerih
17/10/15

ANEKA NEGARA KU

Perut ada isi
lidah berasa ingin
lapar belum lagi
nafsu datang mari
paksa puaskan diri
makan sesuka hati

pelbagai aneka
yang Melayu, banyak budaya
lemang, bahulu, petai sambal
kadang manis kadang pedas
ikutkan negeri asalnya mana

putu mayam ada aneka
kadang menjadi pilihan Malaysia
roti canai, capati, nan, tandori
sudah menjadi penambat hati

putu putih ada aneka
ada mee sup, ada dimsum
pandai makan, pandai rasa
sudah pandai , baru tahu

syukur ia di dalam negara ku
Melayu, India, Cina bersatu.
segala rasa telah setuju
kita Malaysia, kita satu

Karya : PakDerih
17/10/15

KAYA BUDAYA KU

sungguh indah bangsa
kaya budaya setiap masa

budi bahasa,
sopan bicara,
santun cakapnya,
berlapik jenaka,
tradisi asal bangsa

berbaju melayu
berbaju kurung
lawanya songket
cantiknya batik
tradisi asal bangsa

yang bertari zapin
berdondang sayang
berdikir barat
berulek mayang
segala cakkuncak
tradisi asal bangsa

memetik ghazal
memukul gamelan
dipukull gendang
dipalu kompang
ditiup seruling
berlagu melodi
tradisi asal bangsa

membuat seni
kuih lestari
bahulu tradisi
ketupat sepanjang generasi
dodol dinikmati
masak lemak siapa tak ingin?
budu, cencalok, dendeng
menjadi santapan wajib
tradisi asal bangsa

jangan biar kelam
jangan biar hilang
ini bangsaku

karya: pakderih
15/10/15

PERMAINAN

kecil-kecil si cili padi.
bermain tepuk, berlumba lari
merasa kahwin di awal usia
masak-masak pun dimain juga

campak lah batu seremban
ceper baling, jadi jamban.
galah panjang berlari-lari
rebut tiang jadi tradisi
pelbagai permainan sebelum kini

kecil-kecil sang peranti
sudah lain melayan diri
biar dikumpul ribu anak kecil
tak diendah, pandang dialih

sudah ada skrin tangan
hanya perlu sentuh dan layan
main bola, memasak, berlari, berlawan
dalam skrin yang ada di tangan

kawan di sebelah tak dipeduli
kadang buat tak kenali
lebih minat bersendiri
hilang ukhwah anak kini
dek pemancar skrin

karya: pakderih
15/10/15

Rabu, 14 Oktober 2015

WAKTU MASA

dia pergi tak pulang
tiada siapa bisa halang
bila ku cari, hilang
kerna tak jumpa nasib ku malang
biar pun segala jalan ku palang
dia pergi, dia bukan calang

kadang ku rasa dia pantas
kadang dia lengah bak jatuh kertas
kadang dia laju di atas pentas
kadang lambat dia biar menetas

dia berharga lebih kan emas
tapi orang jaga mu tak kemas
mereka buang mu tak beralas
pabila sedar diri culas
baru terngadah meminta lekas

dia tak bisa disentuh pegang
tidak bercakap, tiada rahang
tiada pandai berhenti di simpang
bukan kah nikmat di waktu lapang
bukan kah singkat kau rasa malang

dia lah waktu
dia lah masa

Karya : PakDerih
14/10/15

Selasa, 13 Oktober 2015

BUNUH MELODI

Ku dengar erangan
melodi nada
kadang syahdu ku rembes sedih
dikala rancak ku angguk sering

segala irama
menjadi posisi
tempat mereka meluah jiwa
aku yang dengar
kadang khayal
terbawa dek irama simfoni

terasa terawang di langit
sungguh indah nikmat melodi
ku biar aku tinggi lagi
sampai segala berhenti
ku jatuh
sakit badan
sembuh sendiri

tidak aku menjadi Rumi
bunuh aku
kerna zikir ku bertari
tak ikut nabi

tidak aku menjadi Farabi
bunuh aku
mengawal akal
menyembuh sasau

tidak aku menjadi Aladin
bunuh aku
melayan tari
wanita gurun menjadi saksi

aku melodi
bunuh aku.
aku yang lalaikan umat ini.

Karya: PakDerih
14/10/15

SAMPAI GELAP

Berapa kali.
Ku sembunyi
kisah ku

bermain mistik
duakan ilahi
kan syirik
memuja iblis
penderhaka abadi

meminum rasa
ku khayal
terhuyung-hayang
aku mamai
masa singkat
buarpun panjang
rasa sesaat

ku taruh-taruh
sudah menang, lawan lagi
sudah kaya, tuhan murka
sudah kalah, padan muka
tuhan?
tetap murka

wanita sebaik-baik hiasan
aku suka melerek pandang
tak kan aku sekadar pandang
aku maju kehadapan
aku berani langkaui batas
iman ku buta
di mana tuhan?
ku cemari diri sehingga puas.

apa?
sampai bila?
jijik gelap ku
bagaimana ubah?
sampai mana?
sampai masa sesampai-sampainya.

Karya: PakDerih
14/10/15

CAHAYA

aku ini.
di dalam kelam
diselubung bayang-bayang
hendak ku dikecam

salahkan aku segala
dosa besar bagai berhala
syirik mendua  tuhan
seronok didamping syaitan
persoal nikmat ilahi
kufur se Qarun kufur

ku mencari sinar mentari
hilangkan bayang selebung ini
bawakan aku cahaya abadi
kejutkan aku dari mimpi
ku sudah lama dihantui
ngeri...

bawakan aku cahaya

Karya: PakDerih
14/10/15

QURAN MISTIK

Digenggam kalam
firman tuhan berhias
aku cuba faham
segala dialek kias
genggam dengan geraham
ilmu cuba dilempias

dari siapa ini kata
pelbagai isi dan fakta
membujuk hati nan patah
kisahkan silam yang satah
cerita masa depan yang entah
penawar sakit, penawar duka

ke mana kau simpan ia
di almari besi berkaca
atas rak berhabuk debu
kau simpan tak sentuh lagi
cukup kau jadikan bukti
bahwa kau seorang muslim

padahal baca tak pernah
lagikan difahami
kalam sekadar hiasan islami
kononnya menghalang syaitan mari
dari kitab suci
kau jadikan takal mistik

Karya: PakDerih
14/10/15

Isnin, 12 Oktober 2015

TINTA KEKAL

Sudah berapa lisan
ilmu disampaikan
sang guru mengajar
bagaikan menglipur lara

hanya percakapan
dan jawab soalan
dengan penuh lisan
hingga letih lidah berjihad
maka telah munculnya tinta
sebagai kaedah menyampai kisah

sang pelajar guna menulis nota
sang guru guna menulis kitab
sang pengkaji guna membuat rumus
sang penyair guna mengkarya
sang pelukis guna mencoret
sang bayi guna meluah
tinta ku kekal tak bisa padam
sudah silap, tiada peluang
hanya pangkah atau buang

maka pilihlah hidup mu benar
jangan tersilap melukis iblis
jika dilukis tintanya pena,
kekal lah dikau iblis mendamping
jika pena menjadi pensil,
padam kembali , lukiskan lain

kerna aku sang tinta
celoteh mu ku tak salin
aku bukan perakam pita
pandangan mu ku tak lukis
ku bukan lensa kamera
jika kau mahu, gerakkan aku.
gerak ku, atas daya mu
jangan culas, jangan malas.
usaha.

Karya:PakDerih
13/10/15

FAEDAH ILMU

sedarkah dikau dikala
pasiran bentang ditandus
dan muncul menjadi hijaunya
kemudian tuhan kambus kembali
apakah asbab ditarik hijaunya?

sedarkah dikau dikala
tawar sungai deras mengalir
sedang tercantum dengan lautan
mengapa tuhan cipta sempadan
diantara rasa garam dan payaunya?

sedarkah dikau dikala
matahari hadir di waktu fajar
dan pulang pula di senjakala
tapi mulut tak melihat
kan matahari tak bisa gerak
bagaimana dia hadir dan pulang?

mengapa tuhan memberi kita
beribu soalan dan bermacam rahsia
aku ingin tahu

maka dipinjamkan setitis lautan ilmu
untuk aku
untuk kau
untuk dia
untuk mereka
agar dikaji tahu
tidak bodoh melulu
mencipta faedah ilmu

Karya: PakDerih
13/10/15

PUTAR SEJARAH

orang asing berbicara
burukkan kisah sejarah negara
kononnya mereka perwira
hilangkan kita huru - hara
sedang mereka punca angkara

orang asing kuat berdusta
kononnya pemilik segala kota
impian mereka merampas mahkota
ingin buang sultan ditakhta
maka diputar silam kita

tapi kita celik sejarah
kan tahu segala niat diarah
sudah kenal sikap mu parah
buatkan kami tinggi amarah
kepada tuhan juang ku serah
sanggup bermandi segala darah
segala jiwa kami kan kerah
demi negara ku, semoga cerah.

sejarah, terima kasih
kau sedarkan daku

Karya: PakDerih
13/10/15

GELORA JIWA KU

Gelora jiwa ku..
Bergendang kasih ku.
Padu dipalu segala kasih
hingga terdengar deraban cinta.

lidah tak bicara
mulut tak terbuka
tak terzahir segala kata.
Arakian itu, terdengar
laungan bicara tak semena-mena.

bunyi apakah itu?
Rupanya bunyi lolokan cinta.
Sudah dipendam lama kasihnya
Tunggukan masa dihebah sedunia.

Cinta dan kasih pada mu,
sudah lama..

Karya: PakDerih
8/9/15

SETIA KU DAN MU

Ku sudah lama setia
sayang pada mu seorang

ku siapkan mu istana
di dalam hati ku
dikelilingi taman nan indah
dan ratu bunganya adalah kamu.
tiada kamu, layu semua.

berlarilah dikau di dalam
taman hati ku
ingin ku kejar, mendakap diri mu.
tidak akan ku lepaskan
pelukan itu selagi kau tidak
berjanji untuk setia.

ku pimpin tangan mu hingga
di atas bukit.
lentokkan kepala mu di atas dada ku.
pejam mata mu dan tidurlah disitu.
semoga mimpi indah.

ayuh ku bawa mu memanjat pelangi.
Lihat di sana, itu istana mu.
Tetapi manakah ratunya?
rupanya di sebelah ku,
sedang menjajah hati ku.

Jangan lepaskan genggaman ku.
Silangkan jari mu dengan jemari ku.
Jangan longgarkan dan jangan lepaskan.
Biar selamanya begitu.

Karya: PakDerih
10/9/15

Ahad, 11 Oktober 2015

KESAKSIAN TANAH MELAYU

Melaka menjadi saksi
segala jadi
seluruh manusia ke mari
berbondong-bondong ke paksi
Dagang, kembara, mencari rezeki
entah lah mengapa Melaka
dipaksa menjadi saksi

Gunung Ledang menjadi saksi
kegagahan Tuah bermain keris
hatta dicucuk tak bisa mati
kebalnya tanda seribu sakti
di dalam keris si Taming Sari
walau tiada jaminan tak mati

Betapa gemilang moyang ku
ku fikir istingar tiada apa
ku fikir pemuras tiada apa
ku fikir lela tiada apa
ku fikir terakol tiada apa
kerna ku kenali lembing sahaja

Wahai tuhan kepada Melaka
tuhan kepada Gunung Ledang
tuhan kepada Taming Sari
ku pinta rayu sayu doa ku
biarkan tanah ini aman
sampai manusia terakhir mati.

Karya: PakDerih
12/10/15

SAINS TUHAN

Di dalam tubuh ini
berenang-renang makhlukNya
sedang membentuk kitaran alami
beserta segala darah dan nadi
membentuk jasad berjalan di bumi

di langit, bulan senyum sinis
cahayanya cerah tak silau mata
putarnya setia di situ
tak ke mana kecuali situ
datang temani malam.
di waktu siang kau masih di situ
hanya aku tak mampu melihat mu.

di lautan
ombaknya menolak gelora
yang di tengah ke tepian
yang di pantai berhanyutan
segala ikan tidak berbunyi
terdiam...
ternoda dengan nyanyian lautan.

maka airnya pergi ke sungai
pemisah segala rasa
masin tawar tak bisa bersatu
walau diadun segala sebati
seribu kali dikacau uli
masih masin di laut..
masih tawar disungai..

Sains.
Ilmu tuhan nan misteri
sengaja tuhan persoalkan kita
beribu soalan untuk kita rungkaikan.
kerna apa?
untuk difikir kejadiaannya.
untuk dilihat kebesarannya.

Karya: PakDerih
12/10/15

SUARA REMAJA

Suara ku
dengarkan lah
laung ku, hayatilah
aku ada benda
untuk ku sampaikan

tapi kau sekat cakap ku
tak endah kata ku
larang bicara ku
tiada peduli lisan ku
dek umur muda ku

segala idea aku curahkan
tiada yang ambil tahu
idea muda ku, dipersia
sebegitunya sia ku.

lalu ku memberontak
atas pangkin ku berdiri
ku tinggikan lagi panggin ku
ku ngaumkan idea ku
bersama yang sebaya aku
biar yang tua tahu
suara anugerah ini
bukan untuk membisu

maafkan anaknda
bukan niat derhaka
tapi sudah lama suara ingin berkata
peluang tiada

Karya: PakDerih
12/10/15

SYUKUR USIA

Usia
Usia ku tunggu
agar lama menjadi tua
agar tua tahu segala

tiada syukur pada umur
hanya kuat meminta
semoga aku lebih lama
semoga lebih pengalaman

telah tua,
kau rungut lagi.
kau ingin gagah
kau ingin kuat
kau ingin berjalan
apa kau ada
hanya daya yang tiada

kerna tiada syukuri mu
pada usia
tuhan catatkan
di lembar takdir
kau persoalkan jalan cerita mu

Karya: PakDerih
12/10/11

Sabtu, 10 Oktober 2015

PERWIRA LAGI

Aku lahir
menjadi kader ganti
di mana aku penyambung hari
penafas di tanah ini
kekal aman di benua sendiri

dahulu,
bukan mudah begini
sedang berjalan, kaki terbidik
sedang diam, cukai menagih
sedang makan, dicatu-catu
sedang bekerja, dikerah nasib

sampailah datang nama-nama
moyang kita yang membara
Tok Ku Palohw
Tok Gajah
Tok Janggut
Maharaja Lela

Berpuluh nama yang bangkit
diketika yang lain diam
bacul
akur
tak peduli

Tanpa nama-nama mu,
nafas aku aman bagaimana?

Setelah lama kalian pergi.
Ku sibuk mencari ganti
mana pergi perwira lagi
mungkin zuriat mu sendiri.
atau bekas peluh ajar mandiri.

sayangnya, tiada ganti

Karya: PakDerih
11/10/15

TAKUT KIAMAT

Kerap aku terfikir
akan zaman aku
masihkah ada untuk ku
esok dan lusa?
atau sudah tamat dunia
di minggu hadapan.

satu-satu tanda hadir
hanya ku lihat
cuba mengerti
mengapa harus kau muncul
hari ini?
risau aku.
tak mahu melihat
dunia hancur

kitab tuhan di persada
telah lisan ilahi bersabda
kehancuran itu terbukti ada
pasti ada, tak pasti bila.
asal kau tahu, ia ada.
tiada tunda.
Sampai masa, kena jua.

maka kita banyakkan ibadat
minta diampun dosa di badan.
pikulkan pahala bertindan-tindan
semoga terhidu firdausi
tiada calar
tiada api

Karya: PakDerih
10/10/15

Khamis, 8 Oktober 2015

CORET BISU

Ada suara,
lidah berbara.
Ada kata
ungkap tak bisa.

Jika ungkap ku tiada dengar,
tiada endah,
tiada peduli.
Izin kan aku
coretkan makalah.

Terkadang jari pun bisa bicara
cuba sampaikan beribu ayat
menjadi perantara segala
antara jiwa, hati dan insan.

pabila ku dipaksa bisu
dipaksa tak ungkap
maka aku bicara namun tak bersuara.

hati mengawal jari yang gagah
tarikan jiwa ku di atas coretan
yang orang tak endah.
coret ku
untuk kau tatap
juga hayati
dan fahami.
Semoga kau dengari
aku yang bisu ini.

Karya: PakDerih
9/10/15

Rabu, 7 Oktober 2015

RAJUK INTIP

Ku ceritakan semua
untuk mu kisah ku.
bagaikan diari diri ku.
ku tulis nama mu
di lembar riwayat ku,
dengan tinta kasturi yang tiada tahu
kecuali kau, aku dan Yang Maha Tahu.

Apa lagi kau sangsi
akan jalan cerita ku.
Kan ku beritahu satu persatu
setiap langkah nafas ku.
Rahsia dan malu ku.
Yang buruk ku.
Yang lama ku.
Yang hitam ku.
Yang gelap ku.
Segala apa yang kau tak tahu.

Kau masih sangsi.
Bagai tak percaya.
Sedangkan aku anggap mu diri ku.
Kisah ku milik mu.
Jaga ia semahu-mahu.

tapi......
kau buang percaya.
Kau suruh orang ketiga menyelak lembaran ku.
bukankah telah ku bacakan untuk mu setiap kalimahnya?
mengapa harus ada yang lain menyelakkan untuk mu?
intipkan kisah agung ku untuk mu?
telah ku halalkan ia untuk kamu dan seorangnya kamu.
siapa pula yang ketiga itu?

Aku sedih...
Aku malu..
Rajuk...

Karya: PakDerih
8/10/15

Selasa, 6 Oktober 2015

BAHASA MOYANG

Apalah salah lidah lama
diguna oleh moyang kita
untuk bertutur segala
nasihat kan baik lisannya
kalau gurau pun berhias-hias
kalau marah pun banyak kias
lidah lama yang tak malas
bercakap dengan beribu kata ibunda.

hari ini
cucunda telah lesapkan erti
segala yang indah hilang
yang baik kata pun hilang
yang puitis pun kelam

bahasa lain diagung-agung
diaplikasi dalam hidup
bagai ibunda tiada bahasa
bagai lahir di negera entah siapa

ada juga kata-kata yang diguna
dari bahasa kita.
tapi bukan dari ibunda
segala carut yang kau guna
menjadi zikir menghias bibir
bukanlah adat dari bangsa

mungkin adat iblis
mungkin adat syaitan
mungkin adat penjajah
bukan adat kita
bukan bahasa kita

Karya: PakDerih
7/10/15

KAWAN HAMBAT

Aku anggap kau
sungguh tinggi ku taruh
sayangnya aku
tinggi ku jinjing

nama mu di ukir
di buku takdir
sebagai sahabat yang ku fikir.

tapi kau koyakkan 
halaman muka surat itu
kau tulis nama mu 
di halaman baru
dengan tinta jijik
air mata iblis.

kerna depan ku,
kau dukung angkat.
belakang ku,
kau pijak hambat.

di mata ku, kau putihnya suci.
di hati mu, kotor dan najis.
malanglah sang mata
kerna tiada bisa melihat
segala isi hati.

talam pun bisa dua wajahnya
kau pembelot, kau lah talam.

karya:PakDerih
6/10/15

Jumaat, 5 Jun 2015

RASA

Tak salah  ku  pendam rasa
Mengkaguminya segenap masa
Hormat diri tanpa rosakkannya
Jauh sekadar pendoa setia
Siapa tahu  tergerak hatinya ?

Tak salah  lagi  tak marah
Jika mahukan si bunga merah
Kawallah si  nafsu  serakah
Bertahanlah jika belum sedia

Terkadang  duduk tersipu
Melihat  diri  tak  mampu
Memiliki bidadari secantik itu
Merenung panjang  ditepi  pintu

Tak mengapa duhai hati
Macam tak biasa disakiti
Bukan  kita seorang diri
Kita masih ada ilahi
Yang  mampu dengarkan doa ini

Mana  tahu  suatu  hari 
Senyum lebar bersama diimpi
Diatas pelamin bersama isteri
Yang selama ini kita nanti

by: Cahaya Petunjuk
6/5/15

Ahad, 31 Mei 2015

BIARKAN

Tiada apa mahu dibicara
Kerna diri   lelah belaka
Semakin pendam hasrat kata
Selama itu hati terluka

Semua janji telah dibina
Seikat kata jadi pujangga
Separuh hati tinggi harapnya
Tapi . . .
Seakan  tiada lagi bermakna

Biar patah hati ini 
Biar hancur  harap ini
Biar ia jeratkan diri
Agar tiada makan diri

Biar telan racun pahit
Biar ia merasakan perit
Biar si bodoh  ini tersakit
Agar bahgia bersama pengapit

Selagi hati ini bersama
Selagi itu ia terluka
Tak mampu  ia kembali
Biarkan berakhir disini

Oleh: CahayaPetunjuk
31/5/15

Sabtu, 28 Mac 2015

MELAYU KU

Keris dihunus tanda megah.
Tanjak dan pencak petanda gah.
Tentera luar semua sergah.
Tertewas dengan sekali agah.
Bukti sahih Tuah sang gagah.

Setiap tanah tapak melangkah.
Sejauh duyung renang menongkah.
Biarpun bumi terpisah rekah.
'Melayu agung' tiada yang pangkah.

Telah terbukti agungnya jelas.
Kemegahan wilayah di peta atlas.
Rakyat Melayu taatnya ikhlas.
Membawa sumpah mandat digalas.
Melayu dipuja tiada culas.

Namun kini bukan lah dahulu.
Melayu kini hanya melulu.
Suruh mengaji, lidah berkelu.
Segala dosa, tiada malu.
Biar teguran diberi bertalu.

Banggakan yang sudah tiada.

Hari ini, Melayu di kaca televisi.
Bukan sebagai adiwira lagi.
Malah menjadi sampah abadi.
Kantoi edar dadah ekstasi.
Melanggar segala hak asasi.
Menconteng arang bangsa sendiri.

Di dada akhbar terpampang.
Bayi Melayu dibiar di simpang.
Isteri habis dipukul lempang.
Membunuh bapa dengan senapang.
Itulah Melayu yang dipampang.

Adakah ini yang kita mahu?
Disanjungi kerana sejarah dulu.
Tapi hancur dek jahil cucu.
Kasihan moyang di makam batu.
Persoal mana megahnya dulu.
Rupanya habis tiada pun satu.
Telah dimusnah zuriat yang baru.

Karya:  PakDerih
16/5/15

Isnin, 9 Mac 2015

TUNGGU KAU PINTA AMPUN

Bicara ku tak kau endah
Pada mu kata ku segala mudah
Mata memandang sikap mu indah
namun biadap mu hati ku redah
nasihat ku yang tiada kau tadah
suka pada mu telah ku pindah

Guris hati ku bercambah luka
Kau membawa diri ku petaka
ku harap silap mu telah dipeka
namun sebenarnya kau habis leka
tegur ku, kau buat muka
patah hati ku bersemai cuka

Harap kau cari keampunan ku
diri ku lama pendam berliku
Fikirkan ampun dibeli saku
Walhal sejuta intan pun tak laku
hanya ku pinta ikhlas kau paku
pinta ampun mu lancar tak beku

sesungguhnya aku termakan hati
dengan sifat mu yang tak mengerti
Ingin kau pinta selepas mati
segala ampun yang kau surati?

Karya: PakDerih
9/3/15

Sabtu, 7 Mac 2015

KAU YANG TIADA LUPA

Lama sudah tidak bersapa
Rasa rindu ingin menyapa
berdialog sini pelbagai rupa
sekian lama bukan ku lupa

Khuatir daku tegur diri mu
mungkin waktu tak sudi bertamu
Tak ganggu dikau geledah ilmu

Tidak ku biar tidak ku lepas
sahabat mana ku biar hampas
Ikrar kita bersama bernafas
selamanya tiada pisah terlafaz

Selamanya ku genggam janji
Tak ku lepas biar digergaji
biar panas menahan panji
biar beku dek sejuk salji

Kau yang aku tak lupa...

Karya: PakDerih
8/3/15

JANJI MELAYU

Manusia hebah kan hati
Melempar janji
sumpah semua
Laungkan ikrar
Nazar segala

Habis kau ingkar
tiada tepati
berbolak rasa
ikrar kau mati
pemungkir sejati
Haram menjadi

Segala harapan tiada pasti
segala tunggu tiada erti
segala nanti tiada makbuli
segala hajat tiada turuti

Kau yang banyak melempar pasti
tiada jamin kau tambat di kaki
mahupun di tiang-tiang seri
kalaupun ada, roboh kembali
apalah saja janji kau beri
sekadar pemanis lidah penyeri
sedangkan hati ku sakit menanti
segala janji lunas tak hadir

Karya: PakDerih
7/3/15

Khamis, 5 Mac 2015

DUA SAMA DUA BEZA

Mata ku terpandang terang
sinar dua pancar cahaya
yang siang ku kelipkan silau
yang malam ku tenung senang

Malah ku lihat dan amati
dua sifat berbeza erti
Yang bermuka mata ku halau
yang setia mata ku kemilau

Intan dan kaca sama berkelip
pabila cahaya lalu jasadnya
yang mahal intan berharga tinggi
yang sampah kaca cerai beserpih

Jati dan cengal sama gunanya
bina rumah, perabut dan hiasan
tapi yang jati ku pandang elok
dan yang cengal ku biar sepai

sedang mawar kasturi nan harum
Harumnya jauh orang terhidu
namun mawar ku pakai selalu
Kasturi sayang ku pakai lagi

Karya: PakDerih
6/3/15

Jumaat, 20 Februari 2015

KECEWA AKU

Kau yang lama hati ku nanti
yang pertama menambat hati
ku kenal cinta segala erti
setelah dikau ku faham amati
berat bagaikan beribu kati

aku menanti lama berdiri
pada kau ku tunggu segala seri
hati merindu pedih diberi
menahan kasih cinta berhari
namun akhirnya engkau lari
membuat ku lupa segala tari

ku harapkan kita bersatu
namun dirobek mimpi persatu
pada mulanya kau lah ratu
akhirnya kau berhati batu
kecewa aku cinta dicatu

apakan daya hati mu tak mahu
tak layak ku paksa apa kau mahu
tolak diri ku itu ku tahu
aku redhakan segala menahu

Karya: PakDerih
21/2/15




Rabu, 7 Januari 2015

MELUAT KAMU

Kau tak mahu susahkan lagi
tak mahu lidah digigit gigi
tak mahu timba lesap di perigi
tak mahu petang dahului pagi
tak mahu sayang dibelah bagi
tak mahu jejaka hilang ranggi
tak mahu hilangkan baunya sugi
dengan perangai mu yang menjengkel hati

mungkin itu kata mereka
menjengkel hati bila seloka
membuang gembira diwaktu suka
membawa sebanyak-banyak duka
malah telah pun hati diluka
hingga kembali sekalian saka
pintu amarah semua terbuka

tapi.....

bagi ku kau tidak begitu
kau saja yang satu-satu

kau mengisi waktu nan kelam
kau apungi hati tenggelam
kau terangi seribu malam
kau perintis segala kalam
kau tiada pengganti di alam
kau dihati sedalam-dalam

Aku suka wujud diri mu
jangan persoal pencipta mu

berjuta syukur ku ucap sebut
mengenali mu hilangkan ribut
kau tenangkan segala serabut
keji mu tiada, bertutur lembut
segala tinta ku harap kau sambut


Karya: PakDerih
8/1/15




SENDIRI JANGAN

Sendiri..
Mengapa kalimah itu kau angan?
Jangan fikir ia kan ringan
pesan pada mu wahai gerangan
kan tenggelam tak tertangan
cuba mengkapai tak cukup lengan

akan kau rasa pedih tersangat
segala sejuk bisa keringat
segala gembira tiada kau ingat
segala hati suhu menghangat
segala sakit bak bisa bersengat
segala hilang manisnya pengat

apa gembira mu sendiri?
sedang tiada pendamping diri
detik hari demi hari
yang lain seronok berlari-lari
ada gembira berdansa tari
kau tenung senja matahari
hinggakan silau mata kiri

benarkah sendiri yang kau mahu?
sudah kau fikir segala nahu
sebelum ingin mengangkat bahu
sanggup engkau mendayung perahu
dengan sebelah arus meluhur

sudahkah engkau tak mahu aku?
hingga ingin sendiri memaku
kau duduk jauh konon tak laku
sedang kau tak tahu hati ku
dan segala isi rasa ku
bagi ku kau isi dan kuku
tanpa mu hidup ku kaku
tiada pengganti walaupun saku
kau ingin tinggalkan daku?

aku harap kau fahami
sendiri jangan lah kau alami
segala siksa telah ku selami
ku tak mahu kau turut rasai..


Karya: PakDerih
8/1/15


Khamis, 1 Januari 2015

SAHABAT UTUH

Lihat lah...
Purnama mengambang.
Cantiknya tak kerna jasadnya.
namun cahaya yang sinarkan
jelita di raut purnama..
manakah datang cahayanya?
tentulah si pencerah senja.

Lihat lah...
Buruj terbentuk.
Di atas langit yang kelam.
siapa kah pembentuk corak
buruj yang menunjuk arah?
tentulah kumpulan kejora.

Lihat lah...
Intan kelipan.
Yang jadi hiasan gerangan.
segala cantiknya intan
mana asal duduknya?
tentulah di mulut kerang.

Duhai dinda kanda sekalian.
Semua sahabat handai.
Penyempurna diri ku landai.
Jika bukan kerna kalian,

siapa yang terangi purnama?
siapa tampil menyusun buruj?
siapa kan menjaga intan?

Kerna sahabat itu ialah,
pemegang utuh tonggak ku.
di mana tanpa mu rakan
kan mungkin aku tersungkur
kerna kau bikin terang ku.

pimpinlah daku...
genggam tangan ku..
silang jerimu dengan milik ku..
jangan lepaskan
jangan longgarkan
biar selamanya begitu.


Karya: PakDerih
2/1/15



AZAM MU 2015

Pada suatu ketika
kau akan jalani nya
yang dahulu tak suka
namun kan datang juga
tak perlu lah berduka
sudah sampai masa
dongaklah wajah muka

sudah lama sedia
hadapi pahit peria
asah pisau se-ia
semat tanda setia
kan tu kerja mulia
timba ilmu ber-ia
habis waktu belia
moga kan hadir ceria

kan bergetar hati mu
perang datang bertemu
lawan lah semahu mu
selama ia bertamu
luah dendam sumat mu
hasil menimba ilmu
yang kau tak terjemu

jangan lah di khuatiri
segala akan terperi
bukan kah kau bediri
dengan kaki sendiri?

tiap peluh menitis
dan guru yang mengkritis
segala yang kau rintis
kan membuah pitis


Karya:PakDerih
2/1/15