...............................................................

...............................................................

Sabtu, 28 Mac 2015

MELAYU KU

Keris dihunus tanda megah.
Tanjak dan pencak petanda gah.
Tentera luar semua sergah.
Tertewas dengan sekali agah.
Bukti sahih Tuah sang gagah.

Setiap tanah tapak melangkah.
Sejauh duyung renang menongkah.
Biarpun bumi terpisah rekah.
'Melayu agung' tiada yang pangkah.

Telah terbukti agungnya jelas.
Kemegahan wilayah di peta atlas.
Rakyat Melayu taatnya ikhlas.
Membawa sumpah mandat digalas.
Melayu dipuja tiada culas.

Namun kini bukan lah dahulu.
Melayu kini hanya melulu.
Suruh mengaji, lidah berkelu.
Segala dosa, tiada malu.
Biar teguran diberi bertalu.

Banggakan yang sudah tiada.

Hari ini, Melayu di kaca televisi.
Bukan sebagai adiwira lagi.
Malah menjadi sampah abadi.
Kantoi edar dadah ekstasi.
Melanggar segala hak asasi.
Menconteng arang bangsa sendiri.

Di dada akhbar terpampang.
Bayi Melayu dibiar di simpang.
Isteri habis dipukul lempang.
Membunuh bapa dengan senapang.
Itulah Melayu yang dipampang.

Adakah ini yang kita mahu?
Disanjungi kerana sejarah dulu.
Tapi hancur dek jahil cucu.
Kasihan moyang di makam batu.
Persoal mana megahnya dulu.
Rupanya habis tiada pun satu.
Telah dimusnah zuriat yang baru.

Karya:  PakDerih
16/5/15

Isnin, 9 Mac 2015

TUNGGU KAU PINTA AMPUN

Bicara ku tak kau endah
Pada mu kata ku segala mudah
Mata memandang sikap mu indah
namun biadap mu hati ku redah
nasihat ku yang tiada kau tadah
suka pada mu telah ku pindah

Guris hati ku bercambah luka
Kau membawa diri ku petaka
ku harap silap mu telah dipeka
namun sebenarnya kau habis leka
tegur ku, kau buat muka
patah hati ku bersemai cuka

Harap kau cari keampunan ku
diri ku lama pendam berliku
Fikirkan ampun dibeli saku
Walhal sejuta intan pun tak laku
hanya ku pinta ikhlas kau paku
pinta ampun mu lancar tak beku

sesungguhnya aku termakan hati
dengan sifat mu yang tak mengerti
Ingin kau pinta selepas mati
segala ampun yang kau surati?

Karya: PakDerih
9/3/15

Sabtu, 7 Mac 2015

KAU YANG TIADA LUPA

Lama sudah tidak bersapa
Rasa rindu ingin menyapa
berdialog sini pelbagai rupa
sekian lama bukan ku lupa

Khuatir daku tegur diri mu
mungkin waktu tak sudi bertamu
Tak ganggu dikau geledah ilmu

Tidak ku biar tidak ku lepas
sahabat mana ku biar hampas
Ikrar kita bersama bernafas
selamanya tiada pisah terlafaz

Selamanya ku genggam janji
Tak ku lepas biar digergaji
biar panas menahan panji
biar beku dek sejuk salji

Kau yang aku tak lupa...

Karya: PakDerih
8/3/15

JANJI MELAYU

Manusia hebah kan hati
Melempar janji
sumpah semua
Laungkan ikrar
Nazar segala

Habis kau ingkar
tiada tepati
berbolak rasa
ikrar kau mati
pemungkir sejati
Haram menjadi

Segala harapan tiada pasti
segala tunggu tiada erti
segala nanti tiada makbuli
segala hajat tiada turuti

Kau yang banyak melempar pasti
tiada jamin kau tambat di kaki
mahupun di tiang-tiang seri
kalaupun ada, roboh kembali
apalah saja janji kau beri
sekadar pemanis lidah penyeri
sedangkan hati ku sakit menanti
segala janji lunas tak hadir

Karya: PakDerih
7/3/15

Khamis, 5 Mac 2015

DUA SAMA DUA BEZA

Mata ku terpandang terang
sinar dua pancar cahaya
yang siang ku kelipkan silau
yang malam ku tenung senang

Malah ku lihat dan amati
dua sifat berbeza erti
Yang bermuka mata ku halau
yang setia mata ku kemilau

Intan dan kaca sama berkelip
pabila cahaya lalu jasadnya
yang mahal intan berharga tinggi
yang sampah kaca cerai beserpih

Jati dan cengal sama gunanya
bina rumah, perabut dan hiasan
tapi yang jati ku pandang elok
dan yang cengal ku biar sepai

sedang mawar kasturi nan harum
Harumnya jauh orang terhidu
namun mawar ku pakai selalu
Kasturi sayang ku pakai lagi

Karya: PakDerih
6/3/15