...............................................................

...............................................................

Selasa, 23 September 2014

KELUHAN CIPTAAN

Bisik bicara hati
tentang dunia segala isi
yang wujud sejak diciptai
oleh pemilik abadi azali
masih ditanya tentang misteri
ciptaan Mu mengapa begini?

Ada yang lahir berkecil mata
ada yang besar badan tak sasa
ada yang gelap bukan biasa
ada yang bergigi raksasa
Habis persoal harus mengapa?

Syukurlah kau kerna tercipta
Sepatutnya suka dan bergembira
Tuhan cipta kau sempurna
jika kurang, ada hikmahnya
tak kan melarat azab terima
pasti bersebab jangan keluhkan

Bermata kecil kan tampak jelita
pasti ada tertawan jiwa
besar badan kan comel jua
kerna empuk dipeluk suka
yang gelap pun manis juga
barulah indah menyejuk mata
gigi raksasa pun tak mengapa
bukan semua orang ada

Keluhan yang kau beri selalu
anggap lah ia telah berlalu
tercipta mu bukan biasa
Tetapkan indah penawar bisa

Kau hiasan berlainan jasad
untuk alam saksikan kebesaran
yang olokkan itu hasad
kerna cemburu tak kesudahan

Karya: PakDerih
24/9/14

Isnin, 22 September 2014

DIAM-DIAM TAK TAHU

Kerna tidak tahu
lihat alam dengan kejahilan
penuh tanda tanya dan soalan
entah dan mengapa menjadi lafaz
Hanya di hati kedengaran

Melihat mereka melambai-lambai
angguk kepala selawat zikir
semakin lama laju di gerak
Bagai iman tinggi merasuk
Difikir pahala lebih mendatang

Ada yang berkumpul ramai
dikumpul umat seribu kampung
kerna mati seorang hamba
hina dan kau tak tahu amalnya
kau berbulat membaca-baca
dengan harapan meringan beban
si mati yang sudah pergi

Ada yang mendayu-dayu
bait syair yang memesong
kononnya tanda merendah diri
Kononnya dibaca ulama besar
kononnya mampu hapusi dosa
kononnya banyak dapat pahala

Ada yang ikut-ikutan
orang hadapan meminta-minta
yang dibelakang diam tak sapa
hanya kadang membalas sepatah
lalu terus diam berpejam mata
katanya khusyuk hayati kalimah

Ada yang suka mencari sisa
Minuman insan beserban janggut
kononnya barakah dari ilahi
dihantar lalui jasad mereka
yang berjanggut dan berserban
Entah apa yang ada
hingga tawasul pada mereka
yang kau tak tahu baik buruknya

Ada insan yang serban lebar
mengaku berjumpa nabi yang agung
kerana karamah yang tuhan beri
balas kerana amal solehnya
Kononnya di situ nabi melihat kita
dan nabi sedang berdiri di pintu
dan bertepuk gembira
melihat kalian bermain hibur
meluah syair puisi yang tercipta
sedangkan kau tahu
yang berkata itu berdusta

Kerna kau tidak tahu
Tanya lah dan belajar lah
jangan hanya ikut-ikut orang
takut tersesat dan terpesong
dari ajaran agama
namun lihatnya seperti
mereka ibadah tak henti-henti
sedang ulama bermain kata
yang dibuat itu tiada

Maka lahir generasi baru
yang mula berbuat ibadah
Dimana bukan ajaran nabi
malah dicipta entah dari mana
dan ingin ku sisipkan perkataan
yang menjadi isu perbualan hari ini
Bidaah.....

Karya:PakDerih
23/9/14

Ahad, 21 September 2014

JAHILIAH

Kain putih seawal jasad
Tak terpasti sampai bila
mungkin kah mampu suci berabad
Atau hitam setelah bermula

arak habis berbotol puas
harapkan syurga sebesar luas
bila angan mimpi berderas
jalan terhuyung tak selaras

Rokok berasap menghembus muka
Kononnya muram bertukar suka
Hati yang lara takkan berduka
sedangkan habis rabak terluka
pahitnya dosa seteruk cuka

Jalan ke lorong berbayar upah
kononnya mahar rupanya sampah
ajak ke kamar melayan serapah
Habis sekujur jasad dilapah
tak sedar neraka kau memapah

Sudah lama diri berpanas
dosa-dosa panas berlengas
Tunggukan diri tinggal hampas
menunggu masa kau terhempas
baru sujud menahan lemas

Karya:PakDerih
21/9/14

Ahad, 14 September 2014

KELIRU KASIH

Kadang ku cemburu
melihat kamu
yang lena beradu
yang ria tak tahu
aku ekori mu
setiap jejak hidup

Dan kadang cemburu
kerana hati ini pilu
melihat kamu
yang rapat dengan jejaka lalu
atau aku memang kuat cemburu

Tapi mengapa
Harus cemburu kah?
sedangkan aku cuba lupakan
kasih yang dulu ku tanam
untuk dikau yang tersegam
ku cuba buang kasih itu

Namun apa
Mengapa.....

aku cuba sedaya upaya
lisan ku juga bersuara
'Tiada cinta buat mu lagi'
namun kata hanya pada kata
Kerna hati lemah dan meronta

Cemburu mengapa?
Sedang aku tak suka!
keras suara ku laungkan
tapi hanya telinga yang patuh
dan hati hanya akur
dan teruskan cinta

Wahai cinta...
Aku harap kau pergi jauh
jangan ada lagi untuk dia
Pergilah kau terbang
di angkasa luas di sana
carilah rumah di bulan dan bintang
jangan kau buka kunci hati ku
Walaupun kau ada kuncinya
kerna setelah kau masuk,
kunci akan kau telan
Dan tak bisa keluar lagi

Pergi lah...
mari lah...
aku keliru


Karya: PakDerih
15/9/14

Rabu, 10 September 2014

KHIANAT KELIRU

Dahulu bersama
Berganding bahu mengangkat mara
genggam jarinya dicelah jari mu
agar rapi tak lerai setumpu
Tak kan cerai walau tidur

Segala kisah di cerita
rahsia besar dan cita-cita
semuanya tahu kerna tak dusta
dari riwayat hingga hayat
semuanya tak hilang satu
dia tahu

Dan segala janji diantara
dia dengan pencipta
agar menyembah taat setia
tak makan tahan lapar dahaga
Keluar wang sedikit yang ada
semua janji yang tiada tara

Berapa banyak janji dan saksi
yang dia ada dan miliki
untuk dilunas segala isi
agar dibayar hutangan pasti
tak perlu tangguh segala janji

Akhirnya kau keliru
mengapa dia bukan dahulu
dahulu saling mengangkat bahu
kini hanya berlaga bahu
dahulu jemari digenggam rapi
Kini longgar tak genggam lagi

Akhirnya kau keliru
dari mana yang lain  tahu
rahsia yang kau titipkan
hanya kau cerita pada dia
kini beribu yang tahu
segala kisah suka duka mu
menjadi tatapan daerah seluruh
dan kisah aib mu
tak terurus malah terngadah

Akhirnya kau keliru
Pada tuhan apa disembah
kerna wudhuk pun tak pernah
membasahi dia di wajah
Dikala bulan sampai tiba
Kau lihat dia tak pernah tak makan
Dan tanyakan dia tentang zakat
pasti tak jawab rasa tersekat

Khianat apa kau pada sahabat
khianat apa kau pada teman
khianat apa kau pada tuhan

Karya:PakDerih
11/9/14

MASA SOAL

Saat minit berjalan detik
Bergerak terang ke gelap malam
Kemudian terang kembali siang
Esok bakal ganti hari ini
masa yang tak bisa dihenti

Jangan dirugi masa berjalan
penuhkan masa padat baikan
Fikirlah akal kau akan buat
adakah melalak atau selawat

Masa yang ada diguna pakai
Berjalan pusing di kota raya
metropolitan yang luas langkahnya
dosa pahala kau tiada beza
bercampur semua tiada lerainya

Masa yang ada diguna pakai
awalnya renung lama berkhayal
fikirkan perkara yang tak mungkin
angankan kaya bukit kau punya
Hingga akal dibuang jasad

Masa yang ada diguna pakai
leka bermain menyanyi segala
Main bola lupakan bilal
Dendangan ikut rentak yang lagha
agar bisa buat gembira
hingga lupa ini dunia
yang tak akan seindah syurga

Jangan kau persoalkan apa
sebab masa bergerak laju
pantas lebih dari guruh
Tak kan berpatah walau sukar
kerna masa itu tak akan pulang

Karya: PakDerih
10/9/14

Selasa, 9 September 2014

BUDI DERHAKA

Kecil dibela ayah dan ibu
bertukar lampin disuap susu
diangkat dodoi dibeli baju
Dilayan karenah satu persatu
risaukan sentiasa setiap waktu
tak mahu dihinggap nyamuk kekatu

Sudah dewasa terpanjang hayat
Harus dibalas korban dibuat
sebenarnya tak minta berbalas
tapi jangan lah dibiar tak terbelas
kerna manusia punya hati
janganlah hanya perhati

Kadang,
pada ibu dipekik jerit
konon untuk tegakkan diri
sedang tak tahu hatinya pahit
Menahan telatah onar nan perit

Kadang,
pada ayah dihamun maki
cerca dan hina tak henti-henti
keluarkan segala ayat terkeji
meluah tidak kepuasan hati

Kadang,
pada ibu diugut nyawa
Ingin bersuka menagih harta
berikan atau pisau dihala
Ibu tak akur habis di murka

Kadang,
pada ayah dibohong perdaya
kononnya belajar di rumah kawan
rupanya leka bersama pasangan
Kononnya tanda agungnya cinta
Walhal meminta yang agung laknat

Kadang,
pada ibu ditumbuk tampar
melempias segala yang disimpan
Kerana kononnya tiada kebebasan
lalu bebas belasah ibunda

Kadang,
pada ayah dianiaya curi
ambil benda bukan haq sendiri
menjual harta dan tanah seisis
tanpa sang ayah ketahui
lantas terkejut lalu terpelik
dari mana duit ini
rupanya hasil jualan tadi

Terukir al kisah yang lara
bagaimana kau pahatkan cara
atau tintakan di atas memoria
juga disemat pada pusara

Meminta-minta api neraka
atau meminta azab yang nyata
cukup Tanggang seorang derhaka
tak mahu lagi Tanggang kedua
harap tiada lagi Pekan yang baru
Yang ingkar arahan seorang ibu
yang idamkan telur ikan tembakul

Karya:
PakDerih
10/9/14

SESAK NIKMAT

Manusia banyak bicara
hingga lupa pada segala
hidup yang serba ada
menjamin kaya mewah harta
pandang manusia yang singkat
kerana hal duniawi kau ikat

Kereta mewah berkilau warna
dengan kemajuan setiap isinya
lebih pantas dari seribu kuda
Hinggakan mudah gerak ke Melaka
tanpa lalui selatnya

Makan sedap berperisa
enak lidah tak mampu sangkalnya
Lauk dibawa berbatu kayuhan
untuk disantap untuk ditelan
Isikan perut yang tak pernah kosong

Rumah agam cantik berdiri
istana dibina lebih tinggi
dengan seribu pandangan
yang lihatnya sukar ditemui
air terjun yang mencurahi
tempias terjunan yang memenuhi
taman bunga yang kau jagai

Segala apa yang dikata
adalah nikmat yang disedari
Nikmat yang tak kekal abadi
yang kau sibuk sanjungi

Tapi apa yang dilupa?
nikmat tuhan lebih lagi
namun tak diendahi
kadang tak sedar dan tak pandang
Perlukah nikmat lihatnya mewah?

Nafas kau tarik sejak azali
Merupakan limpahan ilahi
agar kau hidup tak sesak nanti
dengan angin yang melalui
ruang hidung yang tersedia

Rumput tanah kau pijak lari
juga nikmat tuhan beri
jika tiada lantai di kaki,
apa ada kau tunduk nanti?

Segala tangan dan juga kaki
Lidah mata juga yang lain
kau guna sewenang tak kau syukuri
malah terkadang merungut lagi
kerana ingin yang lebih ranggi

Telah tuhan buktikan cintaNya
dengan memberi nikmat semua
walau terkadang hambaNya alpa
Sedang kau kira satu persatu
nikmat yang tuhan beri padamu
adakah cukup jari jemari mu
dan dicampur jari sahabat mu
Mampukah kau kira nikmat itu

Karya:PakDerih
9/9/14

Ahad, 7 September 2014

TUNGGU TAKDIR MENJAWAB

Hati ku kan ada untuk mu
ku semat di kalbu sentiasa
Digenggam erat tak ku lerai
biar kasih ku cengkam lama
sampai tua pun ku tak mengapa

ku biar hati ku jeritkan
sakitnya menahan peritan
melawan dan terus bertahan
agar tak berpaling pandangan
Kerna kau ku tak alih sejengkal

Kasih ku yang lama jaga
entah mana kau berada
masihkah ada ku dalam mu
atau telah kau buang nama ku
biar ia terbang bak debu
yang tak tahu arah dan arus

Hati ini ku biar ada
Cintanya ku ada selama
kau bilang pada ku tunggulah
ku tunggu dan tunggu kau hadir
Suara mu harap ku dengari
tawa mu yang kadang meriahkan
hati ku yang sunyi lama

wajah mu yang tidaklah terang
namun tidak merosakkan mata
kerana zahir ku tak lihat
hanya kerna jiwa mu
mulia mu menambat segala

Aku tunggu kau bicara
antara dua ayat seloka
"Marilah bersama adinda"
atau mungkin juga
"Pergilah kau yang ku tak suka"

Jika kau ajak ku bersatu
ku jaga rapi diri mu
separuh aku ialah kamu
Kerna kau pemegang rusuk ku

Jika kau halau ku jauh pisah
ku kan pergi tak melawan
mungkin takdir kita berbeza
Kan ada yang lebih baik buat mu
asal kau bahagia selamanya
walau aku kau buang saja


Karya:PakDerih

8/9/14


HIDUP MENGAPA PERLU

Berdiri teguh selepas merangkak
mahir kau tiarap dan mengorak
Tak lalu makan kini luak
hingga terkadang bisa muak
malah tak habis kan buat cuak

Tapi jadi soalan baru
Dicipta kita mengapa diseru?
Sedang lalai itu lah aku
leka dan alpa peduli tak perlu
kerna hidup ku bukan hidup mu

Masih keliru dengan pencipta
Sebab ku di pentas cerita
lakonkan watak berwandiwara
di atas bumi yang sementara
namun mengapa ku dikira
sebagai watak utama
sedangkan aku tidak sempurna

Masih persoal takdir yang ada
Masih persoal harus mengapa
masih terpinga sebab Kau cipta
masih tak tahu jawapan tak terima

Sedari lah diri itu manusia
perlulah ingat tuhan yang esa
solatlah kamu tak kira usia
yang muda mahupun lanjut tua
sembah pada empunya semester
tanggungjawab tugas sang hamba

Manusia juga mendapat tugas
Khalifah di bumi menjaga tegas
dari perkara leceh yang asas
hingga ke payah menjadi unggas
Amanah besar yang di galas
harus bijak tak boleh malas

Soal mu telah dijawab bernas
Harap faham tak perlu cemas
jawapan telah dicatit kemas
Dengan tinta berdakwat emas
Tanda darjat yang tinggi beraras

Karya:
PakDerih
7/9/14

Jumaat, 5 September 2014

KECILNYA MARAK JUA

Ragam orang berlainan rupa
Belajar tinggi konon tak lupa
Punya ego tinggi sedepa
Semua orang tak mahu hampa
Ingin lebih dari sesiapa

Kadang kala kau tekakkan
perkara sekecik telur ikan
Lihatnya akal kau perah tekan
untuk melawan yang bukan rakan
supaya menang apa hujahkan

Pabila lilin kau tiup hembus
kononnya bisa hilangkan khuatir
rupanya habis segala tembus
api dah marak hingga tak akhir

Mencari air pemadam api
tapi tiada kau cari jumpa
kononnya mudah untuk hadapi
Tak mampu akhirnya tak serupa

Digigit bijih jagung yang sikit
kecilnya hingga kau rebut habis
harap bergaduh tiada yang sakit
Akhirnya semua terhilang manis

Topik kecil kau besar gergasi
biar semua lihat di sisi
supaya kuat sekeras besi
semangat laga yang diisi
sejak lama kau hiasi
ayat tekakkan hujah dimensi

Karya:
PakDerih
6/9/14

KERIS QURAN

Darah yang sama engkau dan aku
berkongsi moyang bahasa baku
Risaunya duduk menongkat siku
memikirkan masalah berliku

Adakah kau yang melupakan
segala cara tidur dan makan
atau kau ikut bangsa yang sakan
Gaya hidup konon signifikan
sedang agama kau belakangkan

Ikat tengkolok tanjak bermaya
sudah ia menjadi budaya
banyak cara diikat gaya
Tak kira miskin juga kaya
Semua ingin seribu daya

Sedang tengkolok kau bisa ikat
Namun serban kau tak terikat
kerana pentingkan budaya singkat
lupa sunnah yang lama terpakat
sedang dikumpul kitab bertingkat

Ada Juga songkoknya tinggi
kononnya tampak lihatnya ranggi
Berperaga ia di waktu pagi
Sedang kopiah dibuang tepi
Bagai tidak riuh menyepi

Bilahan keris kau kucupi
dengan semangat berapi-api
walhal Quran tak kau sentuhi
kononnya sibuk dengan duniawi
hingga terlupa wasiat diwarisi
oleh Rasul yang dakwah tak henti

"Hidup Melayu" kau pekik agung
Kononnya hilang segala gerun
sedang takbir tak pernah kau laung
sibukkan bangsa yang tak ternaung
tak lama tersungkur di tebing gaung
semangat bangsa kau kian raung

Bangga apa pada Melayu mu?
Bangsa yang lalai lupakan ilmu
Melayu kini tak sama dahulu
Pujikan moyang yang pergi dahulu?
Tak patut kau fikir melulu
cuba fikirkan nilai diri mu
tak perlu kaitkan nenek dahulu

Bila ditegur budaya adat
segala tradisi menyimpang syariat
Kau menjerit tengking tak karat
setelah perpecahan makin melarat

Islam diri mu kau bagai lupa
hukum hakam kau biar tak apa
asal bangsa kau tak hampa
Sunnah nabi kau lupa alpa
Pengtingkan Jebat Tuah serupa

Karya:
PakDerih
5/9/14




Rabu, 3 September 2014

AKU DAHULU BERBICARA

Wujud ku kerna mereka ada
tak kan berdiri tak kan berdada
Jika mereka tidak senada

Menjaga sejak ananda muda
kecil anak berjanggut tiada
bermain basikal tiga roda
Tangis ketika tergigit lada
menahan telatah kuat mengada

Ayahnda kerja nun di sana
Carikan makan anak yang lena
keras usaha makan tak cerna
kadang tak balik hingga gerhana
jasanya mulia tak kan ku hina

Bonda sanggup nyawa kau taruh
hampir hilang nyawa separuh
agar jasad ku bertemu roh
lahir sebagai insan seluruh
taat ku pada apa di suruh
biar pun harus berlaga paruh

Tak tidur di kala sakit diri ku
Mendodoi pilu di atas pangku
hingga tertidur diri yang kaku
Hingga hilang segala beku
Dialih pindah segala paku
agar tiada sakit yang laku

Beribu jasa telah dicurah
Titis peluh ikhlas dikerah
Kasih dan sayang penuh diserah
walau terkadang gerun dimarah
agar aku betukar arah
tidak membuat dosa yang parah

Bagaimana untuk ku balas
Malah terkadang aku terculas
Hanya berduduk di atas alas
Disuruh kerja namun ku malas
walaupun hanya membasuh gelas

Bonda ayahnda yang menghiasi
maaf ku pinta tagih firdausi
sayang dari ku, semua ku kasi
Walaupun jauh dari sisi
namun hati tetap berpuisi

maaf dan ampun aku meminta
Atas segala salah di mata
mahupun yang tak terlihat nyata
Ku sebarkan semua segala kata
walau sesat mencari harta
Tak kan ku lupa maha pencipta

Bonda,Ayahnda, kasih buat mu selamanya


Karya:PakDerih

4/9/14

Selasa, 2 September 2014

PENTAS MENGADU

Hati rundum sudah terluka
sedih sebak muram segala
terkadang riang ceria dan suka
rasa digambar dengan senyumnya

Manusia sering berkalih rasa
tidak tetap untuk gembira
sudah lumrah untuk bedurja
takkan tersenyum seluruh hayatnya
pasti ada waktu suramnya

merajuk pilu sedih tersedu
mungkin teringat kenangan lalu
Ingin dicerita namun kelu
Sedih dan suram terkadang sayu
kepada sapa untuk di adu

alam maya menjadi pentas
bercerita akan apa terlintas
harap sedih bisa kau pintas
harapkan dunia tahu kau lemas
dalam rialiti hidup yang pantas
tak tertahan segala ruas
tak terluas bertambah rimas

Lembaran diari menjadi pentas
kau tulis semua bertinta emas
kenangan pahit kadang kau culas
Harap tulisan menjadi teras
agar sedih kan tinggal unggas

Pohon alam menjadi pentas
Diukir rasa diri yang gegas
pada pepohon kayu keras
Agar kau ingat walau tak waras
inginkan sedihmu jadi hampas
moga hilang segala cemas

Mana lagi tempat kau adukan
sesudah beribu tempat luahan
masih gelisah hati resahan
tak bisa hilang haru biruan
walau terkeluar dari lisan
masih tak tamat segala cemasan

Di mana lagi harus di adu?
telah di cerita satu persatu
namun tiada pengubat aku
malah aku bertambah kaku
ingin tangis semahu-mahu

Rupanya ku tak sedari
Tuhan ada selalu dampingi
takkan dilupa hamba di sini
menagih rahmat dari ilahi
pujuklah hati penawar diri
agar tak bersedih lagi

Al Quran menjadi inspirasi
kalam ilahi semat di hati
firmanNya dari pemilik azali
kerna kau Dia sangat kenali
bacalah kalam pemujuk diri
seperti dahulu memujuk nabi
Adam Nuh Ibrahim Zulkifli

Karya:
PakDerih
3/9/14

Isnin, 1 September 2014

DI HATI KU SEKUNTUM BUNGA

Di hati ku sekuntum bunga
yang ku jumpa di taman asmara
ingin ku petik namun tak terdaya
kerana ku cuba sangkal harumnya.

Sesekali ku curi pandang
tapi terkadang ku biar hilang
tak lah secantik mawar di syurga
namun ku masih terpaut padanya

Ku tak tahu apa lagi
perlu ku diam atau pergi
Menunggu bunga bicara sendiri
memaksa aku pecahkan isi hati
yang telah lama ku pendam sepi
tak terkalih hati ini
walau seanjak kaki ke tepi
Setelah terbuka rahsia ini
aku terkaku menahan diri
apakah engkau membalasi
atau biar aku terkandas di sisi

Pabila luah ku dibalas ria
aku tersipu lalu bertanya
bilakah bisa bersatu kita?
Jawabnya tunggulah cukup ilmunya
maka ku tunggu tiba waktunya

Aku menunggu tak pernah lelah
bunga yang cantik ku tak pandang
hanya sekuntum mekar ku tatang
di hati ini yang ku luang

walau si bunga tak cantik kelopak
Bukan kelopak ku tunggukan
Kerna hati tulus ikhlas

Berapa banyak bunga di ladang
cantik menawan harum wangian
tak ku ubah kau si bunga pilihan
walaupun telah banyak menggugat
kerna hati telah terikat
dek cinta yang tak kenal sifat

Sambil ku luah puisi ini
benar mata ku derai menitis
menahan sebak lama di hati
janganlah parut luka kembali
aku hanya inginkan pasti
sudikah kau bersama ku nanti
atau sudah tak mahu lagi

Jawabkan lah soalan ku ini
Jawablah agar ku tak runsing
aku tak apa kau tolak tepi
asal bahagia akan mengikuti
walau bukan aku pilihan hati
aku tak marah cerca dan caci
asal kau bahagia sampai mati

Selagi tiada soal terjawab
tetap ku tunggu takkan ku henti
bagai menanti yang tak pasti
tapi hati ku ditambat rapi
Siapa saja yang mengetuk hati
hati mu awalnya terkunci rapi

Apakah aku pembukanya nanti
atau yang lain akan dahului
Tapi aku harap tak tinggi
kerna engkau baik pekerti
aku buruk di dunia rialiti

Walau siapa saja kau pilih
akukan redha tak patah hati
asal kau suka apa kau cari
tapi ingin ku luah isi
cinta padamu tak pernah lali
sampailah masa ku ketahui
apakah mata ku dibutai
Perasaan yang tak tahu dierti
ku menunggu mu yang tak pasti
harap jawapan kau kan beri

Karya:
PakDerih
2/9/14