...............................................................

...............................................................

Ahad, 7 September 2014

HIDUP MENGAPA PERLU

Berdiri teguh selepas merangkak
mahir kau tiarap dan mengorak
Tak lalu makan kini luak
hingga terkadang bisa muak
malah tak habis kan buat cuak

Tapi jadi soalan baru
Dicipta kita mengapa diseru?
Sedang lalai itu lah aku
leka dan alpa peduli tak perlu
kerna hidup ku bukan hidup mu

Masih keliru dengan pencipta
Sebab ku di pentas cerita
lakonkan watak berwandiwara
di atas bumi yang sementara
namun mengapa ku dikira
sebagai watak utama
sedangkan aku tidak sempurna

Masih persoal takdir yang ada
Masih persoal harus mengapa
masih terpinga sebab Kau cipta
masih tak tahu jawapan tak terima

Sedari lah diri itu manusia
perlulah ingat tuhan yang esa
solatlah kamu tak kira usia
yang muda mahupun lanjut tua
sembah pada empunya semester
tanggungjawab tugas sang hamba

Manusia juga mendapat tugas
Khalifah di bumi menjaga tegas
dari perkara leceh yang asas
hingga ke payah menjadi unggas
Amanah besar yang di galas
harus bijak tak boleh malas

Soal mu telah dijawab bernas
Harap faham tak perlu cemas
jawapan telah dicatit kemas
Dengan tinta berdakwat emas
Tanda darjat yang tinggi beraras

Karya:
PakDerih
7/9/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan