...............................................................

...............................................................

Jumaat, 21 Disember 2012

PERSEPSI MEMBUNUH

Persepsi masyarakat,
berbeza fikirannya, berbeza akalnya.
Tapi ramai sama kepalanya.
Jika seorang rosak,tiada usaha baikinya.
Mereka juga ingin berubah.
Tapi persepsi tidak membenarkannya.

Masyarakat mula mengutuk mereka
bagaikan tiada harapan lagi.
Habis putus usaha membaiki diri
kerana tiada impian yang direstui.

Mereka boleh membaiki diri,
tapi dihina teruk dicaci.
Bagaikan gelap menanti di hadapan,
sedangkan lilin di tangan sendiri.
Kerana mereka habis dihembis angin hinaan,
lilin ditangan terpadam sendiri.

Orang lebih gemar menghukum dan menyalahi,
bagai peluang kedua tiada lagi.
Sedangkan beribu lagi peluang menanti.
Akhirnya terbantut, terhenti.

Masih ada perjalanan lagi,
berilah mereka peluang lagi.
Agar dapat dinyalakan lilin kembali
Semoga bejumpa seinaran suci.



karya:PakDerih
21/12/12



Rabu, 5 Disember 2012

al-kisah: MARIAM CHRIST



Telah datang pengutus wahyu,
memberi khabar aneh di telinga.
Belum bersuami si solehah mithali,
akan melahirkan seorang putera.

Selepas selesai kelahiran si putera,
yang solehah mula dicerca.
Kononnya bermukah dengan pemuda,
sedangkan ia fitnah belaka.

Meskipun baru lahir si putera,
dia terus berkata-kata.
Sabdanya benar belaka,
tiada yang dusta sehingga noktahnya.
Si solehah itu tidak berbuat dosa.
Itulah yang dibahasnya.

Setelah dewasa si putera,
die menjadi pewaris pakciknya.
Bukan waris harta pusaka,
tapi mewarisi takhta kenabiannya.

Sesudah pergi si putera ke langit,
ada yang minta dilaknati.
Mengatakan si putera tuhan abadi,
sedangkan di hanyalah nabi.


karya: PakDerih
6/12/12