...............................................................

...............................................................

Jumaat, 21 Disember 2012

PERSEPSI MEMBUNUH

Persepsi masyarakat,
berbeza fikirannya, berbeza akalnya.
Tapi ramai sama kepalanya.
Jika seorang rosak,tiada usaha baikinya.
Mereka juga ingin berubah.
Tapi persepsi tidak membenarkannya.

Masyarakat mula mengutuk mereka
bagaikan tiada harapan lagi.
Habis putus usaha membaiki diri
kerana tiada impian yang direstui.

Mereka boleh membaiki diri,
tapi dihina teruk dicaci.
Bagaikan gelap menanti di hadapan,
sedangkan lilin di tangan sendiri.
Kerana mereka habis dihembis angin hinaan,
lilin ditangan terpadam sendiri.

Orang lebih gemar menghukum dan menyalahi,
bagai peluang kedua tiada lagi.
Sedangkan beribu lagi peluang menanti.
Akhirnya terbantut, terhenti.

Masih ada perjalanan lagi,
berilah mereka peluang lagi.
Agar dapat dinyalakan lilin kembali
Semoga bejumpa seinaran suci.



karya:PakDerih
21/12/12



Rabu, 5 Disember 2012

al-kisah: MARIAM CHRIST



Telah datang pengutus wahyu,
memberi khabar aneh di telinga.
Belum bersuami si solehah mithali,
akan melahirkan seorang putera.

Selepas selesai kelahiran si putera,
yang solehah mula dicerca.
Kononnya bermukah dengan pemuda,
sedangkan ia fitnah belaka.

Meskipun baru lahir si putera,
dia terus berkata-kata.
Sabdanya benar belaka,
tiada yang dusta sehingga noktahnya.
Si solehah itu tidak berbuat dosa.
Itulah yang dibahasnya.

Setelah dewasa si putera,
die menjadi pewaris pakciknya.
Bukan waris harta pusaka,
tapi mewarisi takhta kenabiannya.

Sesudah pergi si putera ke langit,
ada yang minta dilaknati.
Mengatakan si putera tuhan abadi,
sedangkan di hanyalah nabi.


karya: PakDerih
6/12/12


Rabu, 31 Oktober 2012

Al-Kisah: MATADOR AL-HAMBRA

Dulu ia ditakluk Tariq.
Beliau bukan calang gerangan.
Beliau penakluk bijak geliga.
Kapal sendiri diabukannya.
Tidak gentar musuhnya.

Andalus tanah berseni-senian.
Rebana dan ghazal berdendang sama.
Indah permandangan sekitarnya.
Empiyar Islam yang maju di sana.

Mengingatkan daku Al-Qurtuba yang gah.
Istana Al-Hambra bukti kemasyuran.
Walau megah di mata dunia,
tuhan maha esa tidak dilupa.

Hampir seluruh tanah 'matador' dikuasai.
Sayangnya tuhan tak mengizini.
Kezaliman Eropah mula menghantui.
Mengugut murtad atau mati.
Maka jatuhlah wasiat Tariq.

Pada ulang tahun tarikh ini,
dunia berhelah sana dan sini.
Telah dilupa kepahitan ghazal putus tali.
Tinggal kenangan Al-Qurtubi.

Karya,
PakDerih

14/10/12









Al-Kisah: KEBETULAN DIRANCANG

Mereka mencipta kebetulan
Semua menganggap ia benar kebetulan.
Padahal ia tidak.
Sengaja sahaja diletakkan tandanya.

Bukan hanya segi tiga.
Bintang Daud juga tanda.
Se mata juga tanda.
Judah juga tanda.
Vulcan juga tanda.
Hampir semua jadi tanda.

Dan dunia fikir ia kebetulan.
Tragedi sembilan sebelas kau kata kebetulan.
Satu dolar 'india merah' kau kata kebetulan.
Jadi apa yang disengajakan?

Jika esok masih bersinar,
kan ku buktikan.
Tidak wujud kebetulan pada mereka.
Semuanya telah dirancang.

Karya,
PakDerih

14/10/12




Sabtu, 13 Oktober 2012

al~kisah: SELOKA MALU MELAYU BANGSAKU


Kadang kala aku malu pada suatu ketika,
Ketika ku melihat di kaca TV,
Di berita lama dan berita terkini.
Pabila ku lihat si pesalah di televisi.
Ku dapati dia orang melayu.

Kadang kala aku malu pada suatu ketika,
Pabila ku berjalan di bandar,
pabila ku berjalan di pekan,
pabila ku berjalan di kota,
orang tidak kisah tentang hukum berpakaian.

Mungkin ada,
Si perempuan bertudung,
tetapi atas nama fashion.
Mungkin ada,
Si perempuan bertudung,
tetapi baju berlengan pendek.

Pernah berlaku,
Si lelaki berjalan,
mengawal segak di hadapan ku.
Sungguh mengejutkan bila ku terlihat,
rantai di tengkuk jejaka itu.

Ditanya kenapa berantai,
Dijawab kerana bertakal.
"Gua taiko mesti bertakal"

Aku malu bertanya bangsa mereka.
Kerana ku tahu Melayu jawabnya.
Ku fikir Melayu berkehidupan Islam.
Tapi itu mungkin dahulu.
Kini, Islam ialah nama biasa.
Melayu hidup keBaratan kini.

Salahkan siapa?
Salahkan British?
Salahkan Portugis?
Salahkan Belanda?
Salahkan Nippon?
Salahkan Media?
Salahkan PEKIDA?

Siapa lagi yang kita ingin persalahkan?
Salahkan kita sendiri.
Kerana kita yang mengubah diri kita.


karya:
PakDerih
13/10/12


al~kisah: BERKURUN BEREBUT

Direbutkan sentiasa.
Bukan wang.
Bukan gadis.
Bukan pangkat.
Tapi tanah yang bernilai harganya.

Tidaklah sesubur tanah Kataha.
Tidaklah setaraf bumi Melaka.
Tidaklah sekaya Roman dan Cina.
Tidaklah juga seluas Rusia.
Tapi direbut berkurun lama.

Direbut oleh pelbagai bangsa.
Tanah ini suci sentiasa.
Dianggap murni tiga agama.
Tanah Al-Quds yang sungguh mulia.

Disana lahirnya Bani Yaakob.
Disana lahirnya Isa A.S..
Disana landasan melintasi langit semua.
Baitulmaqdis nama asalnya.

Untuk hari seterusnya nanti.
Harap ia dirahmati.
Dipimpin oleh Islam sejati.
Porak perandalah rejim Zionist.. Ameen


karya:
PakDerih
12/10/12



al~kisah: MESSIAH

Tiga puluh tahun menunggu lahirnya.
Hilang kanan mata sebelahnya.
Biar matanya tidur sekian lama.
Namun hatinya tak tidur sama.

Pabila tiba masa jaganya.
Pusing dunia rutin hariannya.
Syurga kita neraka dia,
neraka kita syurga dia.

Tertera kafir luasan dahinya.
Kerjanya membinasa yang beriman qalbunya.
Tidak kira tua pun muda.
Yang ingkar terus dibinasakan saja.

Dunia tunggu tamatnya fitnah.
Dunia tunggu aman bahagia.
Dunia tunggu jatuhnya dia.
Dunia tunggu kemunculan 'Sang Putera'.

'Sang Putera' di Timur Damsyik.
Memburu di pintu Kota Lud.
Tugasnya melenyapkan si pembinasa.
Kita tunggu masa awal tibanya.
Tamat riwayat pembinasa dusta.


karya:
PakDerih
12/10/12