...............................................................

...............................................................

Sabtu, 13 Oktober 2012

al~kisah: SELOKA MALU MELAYU BANGSAKU


Kadang kala aku malu pada suatu ketika,
Ketika ku melihat di kaca TV,
Di berita lama dan berita terkini.
Pabila ku lihat si pesalah di televisi.
Ku dapati dia orang melayu.

Kadang kala aku malu pada suatu ketika,
Pabila ku berjalan di bandar,
pabila ku berjalan di pekan,
pabila ku berjalan di kota,
orang tidak kisah tentang hukum berpakaian.

Mungkin ada,
Si perempuan bertudung,
tetapi atas nama fashion.
Mungkin ada,
Si perempuan bertudung,
tetapi baju berlengan pendek.

Pernah berlaku,
Si lelaki berjalan,
mengawal segak di hadapan ku.
Sungguh mengejutkan bila ku terlihat,
rantai di tengkuk jejaka itu.

Ditanya kenapa berantai,
Dijawab kerana bertakal.
"Gua taiko mesti bertakal"

Aku malu bertanya bangsa mereka.
Kerana ku tahu Melayu jawabnya.
Ku fikir Melayu berkehidupan Islam.
Tapi itu mungkin dahulu.
Kini, Islam ialah nama biasa.
Melayu hidup keBaratan kini.

Salahkan siapa?
Salahkan British?
Salahkan Portugis?
Salahkan Belanda?
Salahkan Nippon?
Salahkan Media?
Salahkan PEKIDA?

Siapa lagi yang kita ingin persalahkan?
Salahkan kita sendiri.
Kerana kita yang mengubah diri kita.


karya:
PakDerih
13/10/12


Tiada ulasan:

Catat Ulasan