...............................................................

...............................................................

Rabu, 7 Januari 2015

MELUAT KAMU

Kau tak mahu susahkan lagi
tak mahu lidah digigit gigi
tak mahu timba lesap di perigi
tak mahu petang dahului pagi
tak mahu sayang dibelah bagi
tak mahu jejaka hilang ranggi
tak mahu hilangkan baunya sugi
dengan perangai mu yang menjengkel hati

mungkin itu kata mereka
menjengkel hati bila seloka
membuang gembira diwaktu suka
membawa sebanyak-banyak duka
malah telah pun hati diluka
hingga kembali sekalian saka
pintu amarah semua terbuka

tapi.....

bagi ku kau tidak begitu
kau saja yang satu-satu

kau mengisi waktu nan kelam
kau apungi hati tenggelam
kau terangi seribu malam
kau perintis segala kalam
kau tiada pengganti di alam
kau dihati sedalam-dalam

Aku suka wujud diri mu
jangan persoal pencipta mu

berjuta syukur ku ucap sebut
mengenali mu hilangkan ribut
kau tenangkan segala serabut
keji mu tiada, bertutur lembut
segala tinta ku harap kau sambut


Karya: PakDerih
8/1/15




SENDIRI JANGAN

Sendiri..
Mengapa kalimah itu kau angan?
Jangan fikir ia kan ringan
pesan pada mu wahai gerangan
kan tenggelam tak tertangan
cuba mengkapai tak cukup lengan

akan kau rasa pedih tersangat
segala sejuk bisa keringat
segala gembira tiada kau ingat
segala hati suhu menghangat
segala sakit bak bisa bersengat
segala hilang manisnya pengat

apa gembira mu sendiri?
sedang tiada pendamping diri
detik hari demi hari
yang lain seronok berlari-lari
ada gembira berdansa tari
kau tenung senja matahari
hinggakan silau mata kiri

benarkah sendiri yang kau mahu?
sudah kau fikir segala nahu
sebelum ingin mengangkat bahu
sanggup engkau mendayung perahu
dengan sebelah arus meluhur

sudahkah engkau tak mahu aku?
hingga ingin sendiri memaku
kau duduk jauh konon tak laku
sedang kau tak tahu hati ku
dan segala isi rasa ku
bagi ku kau isi dan kuku
tanpa mu hidup ku kaku
tiada pengganti walaupun saku
kau ingin tinggalkan daku?

aku harap kau fahami
sendiri jangan lah kau alami
segala siksa telah ku selami
ku tak mahu kau turut rasai..


Karya: PakDerih
8/1/15


Khamis, 1 Januari 2015

SAHABAT UTUH

Lihat lah...
Purnama mengambang.
Cantiknya tak kerna jasadnya.
namun cahaya yang sinarkan
jelita di raut purnama..
manakah datang cahayanya?
tentulah si pencerah senja.

Lihat lah...
Buruj terbentuk.
Di atas langit yang kelam.
siapa kah pembentuk corak
buruj yang menunjuk arah?
tentulah kumpulan kejora.

Lihat lah...
Intan kelipan.
Yang jadi hiasan gerangan.
segala cantiknya intan
mana asal duduknya?
tentulah di mulut kerang.

Duhai dinda kanda sekalian.
Semua sahabat handai.
Penyempurna diri ku landai.
Jika bukan kerna kalian,

siapa yang terangi purnama?
siapa tampil menyusun buruj?
siapa kan menjaga intan?

Kerna sahabat itu ialah,
pemegang utuh tonggak ku.
di mana tanpa mu rakan
kan mungkin aku tersungkur
kerna kau bikin terang ku.

pimpinlah daku...
genggam tangan ku..
silang jerimu dengan milik ku..
jangan lepaskan
jangan longgarkan
biar selamanya begitu.


Karya: PakDerih
2/1/15



AZAM MU 2015

Pada suatu ketika
kau akan jalani nya
yang dahulu tak suka
namun kan datang juga
tak perlu lah berduka
sudah sampai masa
dongaklah wajah muka

sudah lama sedia
hadapi pahit peria
asah pisau se-ia
semat tanda setia
kan tu kerja mulia
timba ilmu ber-ia
habis waktu belia
moga kan hadir ceria

kan bergetar hati mu
perang datang bertemu
lawan lah semahu mu
selama ia bertamu
luah dendam sumat mu
hasil menimba ilmu
yang kau tak terjemu

jangan lah di khuatiri
segala akan terperi
bukan kah kau bediri
dengan kaki sendiri?

tiap peluh menitis
dan guru yang mengkritis
segala yang kau rintis
kan membuah pitis


Karya:PakDerih
2/1/15