...............................................................

...............................................................

Rabu, 7 Januari 2015

MELUAT KAMU

Kau tak mahu susahkan lagi
tak mahu lidah digigit gigi
tak mahu timba lesap di perigi
tak mahu petang dahului pagi
tak mahu sayang dibelah bagi
tak mahu jejaka hilang ranggi
tak mahu hilangkan baunya sugi
dengan perangai mu yang menjengkel hati

mungkin itu kata mereka
menjengkel hati bila seloka
membuang gembira diwaktu suka
membawa sebanyak-banyak duka
malah telah pun hati diluka
hingga kembali sekalian saka
pintu amarah semua terbuka

tapi.....

bagi ku kau tidak begitu
kau saja yang satu-satu

kau mengisi waktu nan kelam
kau apungi hati tenggelam
kau terangi seribu malam
kau perintis segala kalam
kau tiada pengganti di alam
kau dihati sedalam-dalam

Aku suka wujud diri mu
jangan persoal pencipta mu

berjuta syukur ku ucap sebut
mengenali mu hilangkan ribut
kau tenangkan segala serabut
keji mu tiada, bertutur lembut
segala tinta ku harap kau sambut


Karya: PakDerih
8/1/15




Tiada ulasan:

Catat Ulasan