...............................................................

...............................................................

Jumaat, 31 Oktober 2014

ISRAEL DICINTA DURJA

Bangsa mu yang derhaka
Dahulu tidaklah celaka
Kenal juga syurga neraka
tahu dosa membela saka
taat setia tak mudah leka

Anbiya semua berzuriat sulbi
lahirnya ramai para nabi
Yaakub ke Isa utusan rabbi
Jangan samakan labu labi
Yang tak tahu serba serbi

Turunnya tiga wahyu berbuku
Diberi untuk kaum yang kaku
jika soleh memang seliku
jika ingkar penuh lah liku
tiada tahyul memahat paku
pada pontianak yang gila saku
kerna kitab luruskan siku

Diberi bijak pintar bestari
Pandai berfikir dari naluri
tak biasa berhibur menari-nari
ingin takluki seluruh hari
biarpun tanah sekecil Kalahari
tak ditinggal malah dicari

Akhirnya kau ingkar tali
ini bukan kedua kali
malah sudah banyak sekali
tak taat pada tuhan azali
Kerna sombong melawan kali

Karya:  PakDerih
31/10/14

PENEGAK MAHKOTA NISA

Pada apa kau lihat sang separa
Penyempurna diri agar bisa gerhana
jika kau harapkan rupa dari eropah
atau dari Asia yang kecil mata

Tercarikan yang berkenan rupa
kononnya bisa bawa bahagia
sedangkan hanya cantik di mata
hakikat hati semua rahsia

Asal maruah masih tertegak
tak jatuh walau dilanda porak
masih berseri bak sang merak
kerna hati membina pasak
agar mahkota dijunjung lasak
atas kepala tinggi tak rosak

Berjalan lari tunduk tersipu
Kerna pandang lama tak mahu
Segan dan malu jangan ditenung
tandanya sifat nabi bertemu
menjadi pegangang sejak dahulu
tiadalah ajnabi suka kan temu
asalkan selamat dari disentuh

Walau diajak menunjuk kepala
kononnya tayang kebesaran tuhan
Peliharalah kamu hukum tercatat
Kerna tuhan dah memerintah
agar ditutup sebahagian ciptaannya

Hanya di tayang pada yang halal
Yang sanggup menjaga makan mu
yang menjaga tinggal tidur mu
yang menanggung dosa-dosa mu

Wahai rijal yang bingung keliru
janganlah kau berfikir haru
pilihlah yang terbaik buat mu
kerna bakal menentu zuriat cucu
dan carilah teman diri mu
dari si penegak mahkota
yang tak pernah dicemar durja

Nisa, jangan lah cemari diri...

Karya: PakDerih
31/10/14

Selasa, 28 Oktober 2014

PENAWAR CINTA

Sakit ini sakit misteri
Pahit pedih tak terperi
Mana mungkin ku bisa lari
dari apa yang datang mari
kerna sakit datang sendiri

tak sedar ku ia hadir
Tak pula termundar mandir
Mungkin telah terpahat di takdir
Atau tuhan cuba menyindir

Tiba aku menenung rindu
kadang ku sebak nafas ku sendu
Kerna rasa tak semanis madu
harapkan nasib ditafsir dadu
apakah bisa kasih berpadu
atau kasih tak kau pandu

Tiba aku menahan pilu
kala kau susah aku yang kelu
Tak ku tidur makan tak lalu
Kerna hati ku yang kau palu
Aku perindu di dalam malu

Tiba aku hati cemburu
dengan diri mu di tempat baru
Namun ku sengih dalam celaru
kerna cemburu ku ada terseru
namun ku suka kau tak haru
walaupun kadang merah membiru

Tiba aku berputik sayang
pada diri mu hati ku layang
Ingin ku lihat di pentas wayang
walaupun hanya secebis bayang
dari diri mu bukan si dayang

Tiba kau aku termimpi
dikala riuh mahupun sepi
ku berazam jaga mu rapi
bagai Ibrahim tak calar dek api
mungkin cinta telah dimantapi
setelah lama ia susupi

Sedang aku masih tertanya
apa sakit hadir ku tanya
adakah hati kau aku yang punya
maka apa penawar sembuhnya

Karya:
PakDerih
29/10/14

Isnin, 27 Oktober 2014

SI PENGHIBUR HARI

Tibanya  di sekolah baru
Hati ini  berasa ragu
Melihat bakal kawan isi ruang pilu
Bermacam ragam yang ku temu
Membuat diri ini terasa malu

Pabila tiba di destinasi
Dek semua saling tak memahami
Kata sepakat mula diisi
Salam kenalan mula mengenali

Cuba bergaul dengan mereka
Terjumpa satu insan biasa
Mukanya amatlah bijaksana
Hanya yang rapat tahu sifatnya
Wajahnya tak setampan mana

Hingga orang lihat gelak ketawa
Hilang seketika rasa duka
Kerna dia penghibur kami semua
Sehari tanpanya tidak sah
Ada saja yang akan dikisah

Apabila lambat terasa menyampah
Apabila laju banyak bicara
Bergantung juga rangkaian semasa
Marahnya  tidak kurang hebatnya
Tersangkut sangkut pabila bicara
Membuat kami kembali gembira
Tergelak sorang bila mengenangnya


Karya:
CahayaPetunjuk
28/11/2014

TEMAN

Dihadirinya satu teman
Yang tak ku rasa sebegini rupa
Pabila ku pandang si dia
Bagai terkena sampuk serapa

Dirinya tak secantik mana
Sungguh baik budi bicara
Menutup aurat itulah dia
hormat orang tua kebiasaannya

Dulunya selalu bersama
Dulunya tiada sengketa
Dulunya kita luah rasa kata
Dulunya belajar sesama kita
Hinggakan pelik dimata keluarga

Dan kini  ku  berpindah
untuk mengubah nasib keluarga
Segalanya telah berubah
kerna dia bukan yang dulu kala

Jika dulu ditimpa musibah
ku mencari si dia
Jika dulu pembawa ceria
Dengannya ku bersamanya
Jika dulu kita  bersengketa
Pasti akan berbaik juga

Ibarat air dicincang takan putus jua
Kini kau sudah berteman baru
Hinggakan terabainya aku
Sedihku teramatlah pilu
Ku tiada tempat untuk mengadu
Hilang sudah si penceria hidupku
Tidak kelihatan senyuman yang dulu

Kehidupan ku kian celaru
Kerna hilang teman seperti kamu
Aku tiada apa untuk ditunggu
Kerna ini mungkin silapku

Cuma satu yang ku ingini
ku ingin  cahaya ilahi
yang dapat menerangi hidup sepi
Agar mendapat petunjuk dari Pencipta alam ini


Karya:
CahayaPetunjuk
28/11/2014








Sabtu, 25 Oktober 2014

PERGI MU

Kau yang berdiri
Dengan harapan diberi
mengganti, agar tak ku sendiri
umur mu tak berlari
membuat aku berseri
walau tak ramah namun tak ngeri

Kejut Ku kerna habisnya usia
kau juga biasa manusia
hidup mu tak pernah kau sia
diam mu menyimpan rahsia
Mungkin kah kau si pokok akasia
yang hilang di bumi Persia

Tidak ku tabur kuntuman melur
Walau jasad mu ku yang usur
kerna sedihnya hati berlumur

Semoga roh mu dicucuri
bahagia di setiap hari
menjawab soalan yang hadir mari
jawapan tak perlu kau khuatir cari
kerna telah kau semat peri
di amal yang kau lembari
di buku catatan kanan dan kiri

Karya: PakDerih
25/10/14

Jumaat, 10 Oktober 2014

DISISIH TAK APA

Singgung mu kerna disisih
harapkan keluarga memberi kasih
kerna keluarga angkat selisih
tak dipandang wajah mu yang bersih
sedang hati berduka masih

lalu sedih dan berdurja
menongkat dagu di atas meja
kasih diperlu seorang remaja
agar hati gembira sahaja
tidaklah muram segala kerja

namun mereka tak endahkan
wujud mu zahir dibiarkan
segala perit kau telan makan
dikala mereka bergelak sakan
dengar tawanya sampai ke pekan
sedang kau pedih lagi tertekan

kesatkan lah air mata mu
sedarlah kau hanya bertamu
sedih kan pisah lepas bertemu
terus bernafas usahlah jemu
kan ku dengar segala tangis mu

senyumlah kamu riang dan suka
biarkan hilang pahitnya cuka
inginku lihat sinar di muka
setelah sembuh hati yang luka
jika bumi herdik celaka
teruskan suka dan berseloka
ketauhilah aku kan ada belaka
menemani mu di suka dan duka

Karya:
PakDerih
11/10/14



Khamis, 9 Oktober 2014

TEMU KASIH PISAH

Pernah sekali hati ku terpalu
terikat terpaut jiwa bertalu
tak cerita kerna rasa malu
akhirnya terungkap dan ia sehalu
terus hati ku fikirkan kelu
kerna ungkapan ku dialu-alu

bila lama ku diam lepas
berbulan tahun langsung tak jelas
sunyi segala tak terbalas
mungkin kah kerna diri yang malas
atau selama ini tiada ikhlas
mungkin kerna sendiri ku culas
tak jaga hati lidah tak alas

adakah dia sudah tak mahu
diri aku yang dahulu mahu
atau aku yang tidak tahu
selama ini dipaling bahu
tetapi aku tiada nahu

maka aku tak taruh hati
kalau tak mahu kau boleh pergi
tak ku paksa untuk kembali
walau perit biar kau lari
dan takkan ku kembali cari
atau tarik kembali dengan tali

perginya kau kan ku rela
lisan ku sudah bicara tak apa
tak penting bagi ku jodoh siapa
jika kita takdir bersama
suatu hari ketemu juga
andai takdir pisahkan kita
terimalah takdir seada
kerna tuhan pilihkan kita
yang terbaik pasti kan ada


Karya:
PakDerih
9/10/14