...............................................................

...............................................................

Isnin, 27 Oktober 2014

SI PENGHIBUR HARI

Tibanya  di sekolah baru
Hati ini  berasa ragu
Melihat bakal kawan isi ruang pilu
Bermacam ragam yang ku temu
Membuat diri ini terasa malu

Pabila tiba di destinasi
Dek semua saling tak memahami
Kata sepakat mula diisi
Salam kenalan mula mengenali

Cuba bergaul dengan mereka
Terjumpa satu insan biasa
Mukanya amatlah bijaksana
Hanya yang rapat tahu sifatnya
Wajahnya tak setampan mana

Hingga orang lihat gelak ketawa
Hilang seketika rasa duka
Kerna dia penghibur kami semua
Sehari tanpanya tidak sah
Ada saja yang akan dikisah

Apabila lambat terasa menyampah
Apabila laju banyak bicara
Bergantung juga rangkaian semasa
Marahnya  tidak kurang hebatnya
Tersangkut sangkut pabila bicara
Membuat kami kembali gembira
Tergelak sorang bila mengenangnya


Karya:
CahayaPetunjuk
28/11/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan