...............................................................

...............................................................

Jumaat, 31 Oktober 2014

ISRAEL DICINTA DURJA

Bangsa mu yang derhaka
Dahulu tidaklah celaka
Kenal juga syurga neraka
tahu dosa membela saka
taat setia tak mudah leka

Anbiya semua berzuriat sulbi
lahirnya ramai para nabi
Yaakub ke Isa utusan rabbi
Jangan samakan labu labi
Yang tak tahu serba serbi

Turunnya tiga wahyu berbuku
Diberi untuk kaum yang kaku
jika soleh memang seliku
jika ingkar penuh lah liku
tiada tahyul memahat paku
pada pontianak yang gila saku
kerna kitab luruskan siku

Diberi bijak pintar bestari
Pandai berfikir dari naluri
tak biasa berhibur menari-nari
ingin takluki seluruh hari
biarpun tanah sekecil Kalahari
tak ditinggal malah dicari

Akhirnya kau ingkar tali
ini bukan kedua kali
malah sudah banyak sekali
tak taat pada tuhan azali
Kerna sombong melawan kali

Karya:  PakDerih
31/10/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan