...............................................................

...............................................................

Jumaat, 31 Oktober 2014

PENEGAK MAHKOTA NISA

Pada apa kau lihat sang separa
Penyempurna diri agar bisa gerhana
jika kau harapkan rupa dari eropah
atau dari Asia yang kecil mata

Tercarikan yang berkenan rupa
kononnya bisa bawa bahagia
sedangkan hanya cantik di mata
hakikat hati semua rahsia

Asal maruah masih tertegak
tak jatuh walau dilanda porak
masih berseri bak sang merak
kerna hati membina pasak
agar mahkota dijunjung lasak
atas kepala tinggi tak rosak

Berjalan lari tunduk tersipu
Kerna pandang lama tak mahu
Segan dan malu jangan ditenung
tandanya sifat nabi bertemu
menjadi pegangang sejak dahulu
tiadalah ajnabi suka kan temu
asalkan selamat dari disentuh

Walau diajak menunjuk kepala
kononnya tayang kebesaran tuhan
Peliharalah kamu hukum tercatat
Kerna tuhan dah memerintah
agar ditutup sebahagian ciptaannya

Hanya di tayang pada yang halal
Yang sanggup menjaga makan mu
yang menjaga tinggal tidur mu
yang menanggung dosa-dosa mu

Wahai rijal yang bingung keliru
janganlah kau berfikir haru
pilihlah yang terbaik buat mu
kerna bakal menentu zuriat cucu
dan carilah teman diri mu
dari si penegak mahkota
yang tak pernah dicemar durja

Nisa, jangan lah cemari diri...

Karya: PakDerih
31/10/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan