...............................................................

...............................................................

Rabu, 31 Disember 2014

SELAMANYA

Disoal aku soalan bisa,
apakah kita sahabat jua
adakah lama sampai tua
atau hingga tidak bersua

namun hakikat apa kau ada
kita kan sama selamanya
jika kau tahu apakah makna?

Selamanya itu bukan fana
tiada detik akhir di sana
tiada hujung untuk selamanya
hanya ada detik bergema

sampai mana kan pergi?
sampai syurga firdausi..
ku tak janji.
namun azam ku ikat peri.
ku tambat pasti.

semoga tidak berbolak hati
kerna manusia tak tahu pasti
jangan lah ubah rasa belati
ku tetap kasih walaupun mati

Karya: PakDerih
1/1/15



Ahad, 21 Disember 2014

LARA KU

Terus ku tanyakan hati
Tak mampu ku tanya pada mu
ku terima bermonolog sendiri
dan persoalkan segala soal

Apakah kau mahu kan daku?
mengapa kau lupakan daku?
apa salah daku pada mu?
mengapa kau berbuat begitu?
Tiada hatikah daku untuk kau jaga?
Mengapa aku diperlaku begini?
apakah ini bukti cinta sejati?
setelah membuang aku ketepi..

Gembira kau bermain hujan
melintasi segala pelangi
mengira kejora merenung purnama

Namun daku terus merana
mandikan air mata sepi
lemas dalam kolahnya
mampu mati hati nan lara
kerna kau biar ku saja.


Karya: PakDerih

21/12/14