...............................................................

...............................................................

Ahad, 21 Disember 2014

LARA KU

Terus ku tanyakan hati
Tak mampu ku tanya pada mu
ku terima bermonolog sendiri
dan persoalkan segala soal

Apakah kau mahu kan daku?
mengapa kau lupakan daku?
apa salah daku pada mu?
mengapa kau berbuat begitu?
Tiada hatikah daku untuk kau jaga?
Mengapa aku diperlaku begini?
apakah ini bukti cinta sejati?
setelah membuang aku ketepi..

Gembira kau bermain hujan
melintasi segala pelangi
mengira kejora merenung purnama

Namun daku terus merana
mandikan air mata sepi
lemas dalam kolahnya
mampu mati hati nan lara
kerna kau biar ku saja.


Karya: PakDerih

21/12/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan