Kecil dibela ayah dan ibu
bertukar lampin disuap susu
diangkat dodoi dibeli baju
Dilayan karenah satu persatu
risaukan sentiasa setiap waktu
tak mahu dihinggap nyamuk kekatu
Sudah dewasa terpanjang hayat
Harus dibalas korban dibuat
sebenarnya tak minta berbalas
tapi jangan lah dibiar tak terbelas
kerna manusia punya hati
janganlah hanya perhati
Kadang,
pada ibu dipekik jerit
konon untuk tegakkan diri
sedang tak tahu hatinya pahit
Menahan telatah onar nan perit
Kadang,
pada ayah dihamun maki
cerca dan hina tak henti-henti
keluarkan segala ayat terkeji
meluah tidak kepuasan hati
Kadang,
pada ibu diugut nyawa
Ingin bersuka menagih harta
berikan atau pisau dihala
Ibu tak akur habis di murka
Kadang,
pada ayah dibohong perdaya
kononnya belajar di rumah kawan
rupanya leka bersama pasangan
Kononnya tanda agungnya cinta
Walhal meminta yang agung laknat
Kadang,
pada ibu ditumbuk tampar
melempias segala yang disimpan
Kerana kononnya tiada kebebasan
lalu bebas belasah ibunda
Kadang,
pada ayah dianiaya curi
ambil benda bukan haq sendiri
menjual harta dan tanah seisis
tanpa sang ayah ketahui
lantas terkejut lalu terpelik
dari mana duit ini
rupanya hasil jualan tadi
Terukir al kisah yang lara
bagaimana kau pahatkan cara
atau tintakan di atas memoria
juga disemat pada pusara
Meminta-minta api neraka
atau meminta azab yang nyata
cukup Tanggang seorang derhaka
tak mahu lagi Tanggang kedua
harap tiada lagi Pekan yang baru
Yang ingkar arahan seorang ibu
yang idamkan telur ikan tembakul
Karya:
PakDerih
10/9/14