...............................................................

...............................................................

Selasa, 9 September 2014

SESAK NIKMAT

Manusia banyak bicara
hingga lupa pada segala
hidup yang serba ada
menjamin kaya mewah harta
pandang manusia yang singkat
kerana hal duniawi kau ikat

Kereta mewah berkilau warna
dengan kemajuan setiap isinya
lebih pantas dari seribu kuda
Hinggakan mudah gerak ke Melaka
tanpa lalui selatnya

Makan sedap berperisa
enak lidah tak mampu sangkalnya
Lauk dibawa berbatu kayuhan
untuk disantap untuk ditelan
Isikan perut yang tak pernah kosong

Rumah agam cantik berdiri
istana dibina lebih tinggi
dengan seribu pandangan
yang lihatnya sukar ditemui
air terjun yang mencurahi
tempias terjunan yang memenuhi
taman bunga yang kau jagai

Segala apa yang dikata
adalah nikmat yang disedari
Nikmat yang tak kekal abadi
yang kau sibuk sanjungi

Tapi apa yang dilupa?
nikmat tuhan lebih lagi
namun tak diendahi
kadang tak sedar dan tak pandang
Perlukah nikmat lihatnya mewah?

Nafas kau tarik sejak azali
Merupakan limpahan ilahi
agar kau hidup tak sesak nanti
dengan angin yang melalui
ruang hidung yang tersedia

Rumput tanah kau pijak lari
juga nikmat tuhan beri
jika tiada lantai di kaki,
apa ada kau tunduk nanti?

Segala tangan dan juga kaki
Lidah mata juga yang lain
kau guna sewenang tak kau syukuri
malah terkadang merungut lagi
kerana ingin yang lebih ranggi

Telah tuhan buktikan cintaNya
dengan memberi nikmat semua
walau terkadang hambaNya alpa
Sedang kau kira satu persatu
nikmat yang tuhan beri padamu
adakah cukup jari jemari mu
dan dicampur jari sahabat mu
Mampukah kau kira nikmat itu

Karya:PakDerih
9/9/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan