...............................................................

...............................................................

Isnin, 22 September 2014

DIAM-DIAM TAK TAHU

Kerna tidak tahu
lihat alam dengan kejahilan
penuh tanda tanya dan soalan
entah dan mengapa menjadi lafaz
Hanya di hati kedengaran

Melihat mereka melambai-lambai
angguk kepala selawat zikir
semakin lama laju di gerak
Bagai iman tinggi merasuk
Difikir pahala lebih mendatang

Ada yang berkumpul ramai
dikumpul umat seribu kampung
kerna mati seorang hamba
hina dan kau tak tahu amalnya
kau berbulat membaca-baca
dengan harapan meringan beban
si mati yang sudah pergi

Ada yang mendayu-dayu
bait syair yang memesong
kononnya tanda merendah diri
Kononnya dibaca ulama besar
kononnya mampu hapusi dosa
kononnya banyak dapat pahala

Ada yang ikut-ikutan
orang hadapan meminta-minta
yang dibelakang diam tak sapa
hanya kadang membalas sepatah
lalu terus diam berpejam mata
katanya khusyuk hayati kalimah

Ada yang suka mencari sisa
Minuman insan beserban janggut
kononnya barakah dari ilahi
dihantar lalui jasad mereka
yang berjanggut dan berserban
Entah apa yang ada
hingga tawasul pada mereka
yang kau tak tahu baik buruknya

Ada insan yang serban lebar
mengaku berjumpa nabi yang agung
kerana karamah yang tuhan beri
balas kerana amal solehnya
Kononnya di situ nabi melihat kita
dan nabi sedang berdiri di pintu
dan bertepuk gembira
melihat kalian bermain hibur
meluah syair puisi yang tercipta
sedangkan kau tahu
yang berkata itu berdusta

Kerna kau tidak tahu
Tanya lah dan belajar lah
jangan hanya ikut-ikut orang
takut tersesat dan terpesong
dari ajaran agama
namun lihatnya seperti
mereka ibadah tak henti-henti
sedang ulama bermain kata
yang dibuat itu tiada

Maka lahir generasi baru
yang mula berbuat ibadah
Dimana bukan ajaran nabi
malah dicipta entah dari mana
dan ingin ku sisipkan perkataan
yang menjadi isu perbualan hari ini
Bidaah.....

Karya:PakDerih
23/9/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan