...............................................................

...............................................................

Ahad, 7 September 2014

TUNGGU TAKDIR MENJAWAB

Hati ku kan ada untuk mu
ku semat di kalbu sentiasa
Digenggam erat tak ku lerai
biar kasih ku cengkam lama
sampai tua pun ku tak mengapa

ku biar hati ku jeritkan
sakitnya menahan peritan
melawan dan terus bertahan
agar tak berpaling pandangan
Kerna kau ku tak alih sejengkal

Kasih ku yang lama jaga
entah mana kau berada
masihkah ada ku dalam mu
atau telah kau buang nama ku
biar ia terbang bak debu
yang tak tahu arah dan arus

Hati ini ku biar ada
Cintanya ku ada selama
kau bilang pada ku tunggulah
ku tunggu dan tunggu kau hadir
Suara mu harap ku dengari
tawa mu yang kadang meriahkan
hati ku yang sunyi lama

wajah mu yang tidaklah terang
namun tidak merosakkan mata
kerana zahir ku tak lihat
hanya kerna jiwa mu
mulia mu menambat segala

Aku tunggu kau bicara
antara dua ayat seloka
"Marilah bersama adinda"
atau mungkin juga
"Pergilah kau yang ku tak suka"

Jika kau ajak ku bersatu
ku jaga rapi diri mu
separuh aku ialah kamu
Kerna kau pemegang rusuk ku

Jika kau halau ku jauh pisah
ku kan pergi tak melawan
mungkin takdir kita berbeza
Kan ada yang lebih baik buat mu
asal kau bahagia selamanya
walau aku kau buang saja


Karya:PakDerih

8/9/14


Tiada ulasan:

Catat Ulasan