Darah yang sama engkau dan aku
berkongsi moyang bahasa baku
Risaunya duduk menongkat siku
memikirkan masalah berliku
berkongsi moyang bahasa baku
Risaunya duduk menongkat siku
memikirkan masalah berliku
Adakah kau yang melupakan
segala cara tidur dan makan
atau kau ikut bangsa yang sakan
Gaya hidup konon signifikan
sedang agama kau belakangkan
segala cara tidur dan makan
atau kau ikut bangsa yang sakan
Gaya hidup konon signifikan
sedang agama kau belakangkan
Ikat tengkolok tanjak bermaya
sudah ia menjadi budaya
banyak cara diikat gaya
Tak kira miskin juga kaya
Semua ingin seribu daya
sudah ia menjadi budaya
banyak cara diikat gaya
Tak kira miskin juga kaya
Semua ingin seribu daya
Sedang tengkolok kau bisa ikat
Namun serban kau tak terikat
kerana pentingkan budaya singkat
lupa sunnah yang lama terpakat
sedang dikumpul kitab bertingkat
Namun serban kau tak terikat
kerana pentingkan budaya singkat
lupa sunnah yang lama terpakat
sedang dikumpul kitab bertingkat
Ada Juga songkoknya tinggi
kononnya tampak lihatnya ranggi
Berperaga ia di waktu pagi
Sedang kopiah dibuang tepi
Bagai tidak riuh menyepi
kononnya tampak lihatnya ranggi
Berperaga ia di waktu pagi
Sedang kopiah dibuang tepi
Bagai tidak riuh menyepi
Bilahan keris kau kucupi
dengan semangat berapi-api
walhal Quran tak kau sentuhi
kononnya sibuk dengan duniawi
hingga terlupa wasiat diwarisi
oleh Rasul yang dakwah tak henti
dengan semangat berapi-api
walhal Quran tak kau sentuhi
kononnya sibuk dengan duniawi
hingga terlupa wasiat diwarisi
oleh Rasul yang dakwah tak henti
"Hidup Melayu" kau pekik agung
Kononnya hilang segala gerun
sedang takbir tak pernah kau laung
sibukkan bangsa yang tak ternaung
tak lama tersungkur di tebing gaung
semangat bangsa kau kian raung
Kononnya hilang segala gerun
sedang takbir tak pernah kau laung
sibukkan bangsa yang tak ternaung
tak lama tersungkur di tebing gaung
semangat bangsa kau kian raung
Bangga apa pada Melayu mu?
Bangsa yang lalai lupakan ilmu
Melayu kini tak sama dahulu
Pujikan moyang yang pergi dahulu?
Tak patut kau fikir melulu
cuba fikirkan nilai diri mu
tak perlu kaitkan nenek dahulu
Bangsa yang lalai lupakan ilmu
Melayu kini tak sama dahulu
Pujikan moyang yang pergi dahulu?
Tak patut kau fikir melulu
cuba fikirkan nilai diri mu
tak perlu kaitkan nenek dahulu
Bila ditegur budaya adat
segala tradisi menyimpang syariat
Kau menjerit tengking tak karat
setelah perpecahan makin melarat
segala tradisi menyimpang syariat
Kau menjerit tengking tak karat
setelah perpecahan makin melarat
Islam diri mu kau bagai lupa
hukum hakam kau biar tak apa
asal bangsa kau tak hampa
Sunnah nabi kau lupa alpa
Pengtingkan Jebat Tuah serupa
hukum hakam kau biar tak apa
asal bangsa kau tak hampa
Sunnah nabi kau lupa alpa
Pengtingkan Jebat Tuah serupa
Karya:
PakDerih
5/9/14
PakDerih
5/9/14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan