...............................................................

...............................................................

Jumaat, 5 September 2014

KECILNYA MARAK JUA

Ragam orang berlainan rupa
Belajar tinggi konon tak lupa
Punya ego tinggi sedepa
Semua orang tak mahu hampa
Ingin lebih dari sesiapa

Kadang kala kau tekakkan
perkara sekecik telur ikan
Lihatnya akal kau perah tekan
untuk melawan yang bukan rakan
supaya menang apa hujahkan

Pabila lilin kau tiup hembus
kononnya bisa hilangkan khuatir
rupanya habis segala tembus
api dah marak hingga tak akhir

Mencari air pemadam api
tapi tiada kau cari jumpa
kononnya mudah untuk hadapi
Tak mampu akhirnya tak serupa

Digigit bijih jagung yang sikit
kecilnya hingga kau rebut habis
harap bergaduh tiada yang sakit
Akhirnya semua terhilang manis

Topik kecil kau besar gergasi
biar semua lihat di sisi
supaya kuat sekeras besi
semangat laga yang diisi
sejak lama kau hiasi
ayat tekakkan hujah dimensi

Karya:
PakDerih
6/9/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan