...............................................................

...............................................................

Sabtu, 30 Ogos 2014

LAUNGAN MERDEKA

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Itulah yang kau katakan.
Kau teriakkan ia di kala siang
dan sematnya di waktu malam
harapkan semangat mu tak pudar
kerana bagi mu, "aku merdeka"

Setiap ayat yang kau katakan
bukan aku suka menyangkal
adakah riang ku persoal
kerana akui kau bebas

Sedangkn kau melihat alam
dari sudut belakang penghadang
di mata mu hanya putih terpandang
kerana yang hitam telah terhalang
kain penghadang kau cuba tembusi
namun tak mampu kau lepasi
tunggu ia koyak sendiri
atau kau alih pandangan ketepi?

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi AlQuds becicir darah
korbanan rangkum usia ratusan
tapi tak pernah kau dulikan

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi Sham tak senyum ria
tak nampak riang di raut muka
anak-anak Damsyik dan Diyala
yang tagih kan manisan gegula

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi Rohingya masih berduka
nyawanya murah bagai tiada harga
apakah itu kau kata bahagia
dengan calaran bengis berparut di jiwa?

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi melayu aku terlihat
beraksi bagai tiada tuhan
bebas bagai tiada batasan
lupa mati cintakan darjat
harta dicari lupa ibadat
ibu dimaki ayah dihambat
Guru dicela kawan dikhianat
apakah ini bilangnya merdeka?

Setelah kau jerit teriak membising
kata-kata mu yang bukan hakikat
kau fikir zahir ia terlihat
sedangkan ia hanya bayangan
Merdeka yang kau idam impikan
bukan seperti yang kau fikirkan
Tunggulah masa tibanya waktu
baru kau kenal erti hakikat


Karya:PakDerih

31/8/14

KEPURA-PURAAN MU WANITA

Wanita...
Lahir mu sudah jelita..
Tuhan mu maha pencipta
jadikan kalian seindah-indahnya..

Maka syukurlah..
Kerana Dia ciptakan kamu
agar sejuk dipandang orang
agar mudah menambat hati
agar bisa mengubat hati

Maka ...
Si pencipta meminta sesuatu
yang mudah tidak lah susah
agar kau turuti perintah
setelah tercipta kau yang tampak berupa
hanya disuruh kau menutup
sebahagian yang Dia cipta

Turutilah..
Jangan kau celakai
dan jangan kau berpura-pura
kononnya tidak fahami

Kau kata kau turuti tuhan
dengan berselendang menutup kepala
tetapi mengapa kau masih
biarkan jambul mu diratap?

Kau kata kau turuti tuhan
dengan memakai tudung berbelakang tinggi
kau fikir kau telah tutupi
sedang nabi telah lama celai

Kau kata kau turuti tuhan
peragakan tudung pelbagai jenama
tetapi singkat berberapa ikat
agar bisa orang melihat
apa yang kau dedahkan
apakah ini perintah Nya?

Kau kata kau turuti tuhan
memakai baju menutup tubuh
entah mengapa kau makin biadap
baju mu ketat sendat terlihat
bagai meminta neraka terbuka

Kau kata kau turuti tuhan
Baju kau pakai tertera kalimah
"Sayang Allah abadan abada"
namun hakikatnya hanya sekadar hiasan
pabila ku sedari
lengan baju mu pendek
terdedah lengan yang  kau patut sembunyikan

Cukuplah wahai wanita
yang berpura-pura turuti tuhan
yang meminta-minta celaka tuhan
yang suka diri dipandang orang

Ikutilah benar syariat tuhan
perintah Nya bukan permainan
tak boleh kau endahkan
kembalilah kepada Nya
Pencipta mu maha pengampun


Karya:
PakDerih
30/8/14




SAHABAT ITU SEPERTI...

Sahabat yang ku cari
Masih terpinga yang mana gerangnya
Harapkan kau yang kaya raya
atau dia yang baik parasnya
mungkin kah mereka yang berbaju mewah
atau mereka yang namanya disanjung?

Persoalan mencurah ke tanah
menunggu jawapan sekian lama
apakah sahabat itu seperti bayang
yang hanya hadir ketika bercahaya..

atau....
sahabat itu seperti lebah
yang hinggap ke kuntum mencari debunga
lalu pergi setelah habis kepentingannya

atau....
sahabat itu seperti laut yang ziarahi pantai
tiada peluang pasir mengering
sudah dibasahi kembali
hanya mengharap air surut
namun basah kembali di esok hari

atau....
sahabat itu seperti dusun durian
didatangi tuan ketika musimnya
tak diendah di bulan seterusnya

Maka carilah dikau sahabat sejati
seperti tanah dan tapak kaki
mengekori hidup sepanjang perjalanan
menemani mati setelah masanya

sahabat itu biarlah seperti kasturi
yang baunya harum menggoda
dan akan mewangikan juga pemakainya

sahabat itu biarlah seperti mata
yang mampu melihat segala
susah payah onar ranjau
yang kau lalui..
lalu tangis melihat sengsara mu
dan melihat segala
gembira suka riang mu
lalu pejam syukur kerana ceria diri mu

siapa sahaja sahabat..
Biarlah berpanjangan..
Moga syurga temukan kita..
Moga tak lupa walau tua..
Dari azali hingga abadi
tetap bersama..



karya: PakDerih
30/8/14







Selasa, 5 Ogos 2014

RAHSIA INSAN

Dengan zahir mu diselaput hiasan
ada yang ketayap jadi peraga
ada yang serban dililit suka
ada yang songkok tinggi sedepa
ada yang kopiah pelbagai rupa
yang betarbus juga tak lupa.

Ada yang tudungnya pelbagai rupa
ada yang labuh ke buku lalinya
ada yang hanya paras pinggangnya
ada yang habis menutup dada
ada yang pangkal bahu sahaja

Pakaian diperaga pelbagai gaya
baju melayu pelbagai warna
batik bercorak juga ada
kurta nan singkat menjadi budaya
jubah yang labuh menjadi adatnya

Ada yang gemar berbaju kurung
berkebaya juga bersongket saja
Ada yang bernikab bepurdah segala
lihatnya sejuk di pandang mata

Tapi... Ingin ku memberi ingatan
Jangan di nilai akhlak budinya
jangan di nilai ilmu nahu nya
jangan di nilai amal ibadatnya
jangan di nilai sikap sahsiahnya
jika kamu lihat hanya pada pakaiannya...

Yang berbaju kemeja juga baik pekertinya.
yang berbaju koperat juga tahu tentang agama.
yang berbaju seragam bersolat malam jua
yang berbaju T banyak budinya.
Kerana tiada apa yang bisa kau lihat
dari zahir pakaiannya.....

Jika rupa menjadi sandaran,
Firaun juga layak ke firdausi..
Jika baju menjadi jaminan
Jubah Abu Lahab membawa ke syurga..
Jika serban tanda tinggi ilmunya,
Man Jenin juga bisa beserban..

Tiada durian yang kau bisa
rungkai rahsianya
selagi kau tidak
belah pangsanya..


Karya:
PakDerih
5/8/14




Isnin, 4 Ogos 2014

AKU HANYA

Aku hanya..
Orang-orang biasa..
marhaen bukan maulana..
tiada tanah untuk ku wariskan..
tiada emas terkumpul di kamar..
Tiada wang untuk bermahar..
Tiada pangkat yang bisa dibangga.

Aku hanya..
penyambung cerita
menyambung nasab
Agar mengalir kelumit darah
Datuk moyangku yang pergi lama.

Aku hanya...
watak sandiwara..
Yang bermain gaya di pentas.
yang gerakku kan sering dilihat
Dinilai, dikritik dan dibicara..
Persoalkan pahala dosa
apa amalku yang terpahat
dan mengapa dosa ku tersurat.

Aku hanya..
insan berdosa..
Tiada maksum keatas ku..
dosa ku belum pasti terampun..
ibadat ku belum pasti terima..
doa ku belum pasti makbul..
iman ku belum tentu kekal..
akhlak ku belum tentu terjaga..

Aku hanya..
sebentuk jasad.
tiadalah keturunan pahlawan.
mahupun raja Champa dan Jawa.
Tiada moyangku menjadi ulama.
darah silam ku hanya biasa..
merah juga warnanya..

Dengan beribu kalimah,
jampi serapah atau mujarobat,
roh datukmu dan semangat alam diserukan.
Biarpun  dibiar duit mu berbicara..
jangan dihenti ayat-ayat
yang biasa sedarkan alpa..

Silap ku, tegur lah..
Salah ku, ajarlah..
Songsang ku, tunjuklah..
Dosa ku , ampuni lah..
Aku insan biasa...

Karya:
PakDerih
5/8/14

BUAT MU WANITA

Kau yang cantik dari lahirnya
entah mengapa zahirmu berbeza
kerena kamu indah di mata
tak terkelip walau tak terbuka.

Inilah istimewa wanita,
menjadi perhiasan tanpa hiasan
mengorak langkah menilai haluan
tapi mengapa diri kau jual?

Ada lelaki durjana fikirnya
hanya ingin berlaku celaka
larilah kau wahai wanita
beribu lantai kan tersedia
ini harga maruah segala
jangan kau biar ia terngadah

Engkau lah bakal pelahir zuriat
menjadi ibu sekalian umat
mengajar kan insan tentang makrifat
jika sakit kau cuba mengubat
sifat ibu yang lama tersemat

wahai wanita seluruh benua
ini seruan ingin bicara
kalian semua sungguh istimewa
jagalah diri dan hadapi semua


karya:
PakDerih
5/8/14


BUAT MU LELAKI

Kadang kala bukan ku tak rela,
bukan tak sudi dan bukan juga hampa.
Hanya hatiku acap kali berbisik,
mengapa kesempatan dicelakai.

Sedangkan kau lelaki,
menjaga bunga itu tugas mu,
tapi patah hati mentari,
bunga yang dijaga kelopak kau cabut.
Di mana tanggungjawab mu wahai insan,
yang kau gelar diri mu lelaki.

Tugas mu mengikat hati ,
agar tidak terlepas simpulan ini,
simpulan ini simpulan yang tiada pasti,
adakah selamat sang puteri,
atau jatuh di kawah berapi,
maka lelaki harus terjun haba direnangi,
atau ikat mati sang puteri

wahai lelaki...
Wanita itu bidadari,
jagalah mereka dengan teliti,
mereka bukan permainan dikala bosan,
bukan amah dikala memerlukan,
maka jagalah sang bidadari dengan jiwa mu

jangan celakai kesempatan
atau tamat tanda lelaki mu.


karya:
PakDerih
5/8/14