...............................................................

...............................................................

Sabtu, 30 Ogos 2014

SAHABAT ITU SEPERTI...

Sahabat yang ku cari
Masih terpinga yang mana gerangnya
Harapkan kau yang kaya raya
atau dia yang baik parasnya
mungkin kah mereka yang berbaju mewah
atau mereka yang namanya disanjung?

Persoalan mencurah ke tanah
menunggu jawapan sekian lama
apakah sahabat itu seperti bayang
yang hanya hadir ketika bercahaya..

atau....
sahabat itu seperti lebah
yang hinggap ke kuntum mencari debunga
lalu pergi setelah habis kepentingannya

atau....
sahabat itu seperti laut yang ziarahi pantai
tiada peluang pasir mengering
sudah dibasahi kembali
hanya mengharap air surut
namun basah kembali di esok hari

atau....
sahabat itu seperti dusun durian
didatangi tuan ketika musimnya
tak diendah di bulan seterusnya

Maka carilah dikau sahabat sejati
seperti tanah dan tapak kaki
mengekori hidup sepanjang perjalanan
menemani mati setelah masanya

sahabat itu biarlah seperti kasturi
yang baunya harum menggoda
dan akan mewangikan juga pemakainya

sahabat itu biarlah seperti mata
yang mampu melihat segala
susah payah onar ranjau
yang kau lalui..
lalu tangis melihat sengsara mu
dan melihat segala
gembira suka riang mu
lalu pejam syukur kerana ceria diri mu

siapa sahaja sahabat..
Biarlah berpanjangan..
Moga syurga temukan kita..
Moga tak lupa walau tua..
Dari azali hingga abadi
tetap bersama..



karya: PakDerih
30/8/14







Tiada ulasan:

Catat Ulasan