...............................................................

...............................................................

Sabtu, 30 Ogos 2014

LAUNGAN MERDEKA

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Itulah yang kau katakan.
Kau teriakkan ia di kala siang
dan sematnya di waktu malam
harapkan semangat mu tak pudar
kerana bagi mu, "aku merdeka"

Setiap ayat yang kau katakan
bukan aku suka menyangkal
adakah riang ku persoal
kerana akui kau bebas

Sedangkn kau melihat alam
dari sudut belakang penghadang
di mata mu hanya putih terpandang
kerana yang hitam telah terhalang
kain penghadang kau cuba tembusi
namun tak mampu kau lepasi
tunggu ia koyak sendiri
atau kau alih pandangan ketepi?

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi AlQuds becicir darah
korbanan rangkum usia ratusan
tapi tak pernah kau dulikan

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi Sham tak senyum ria
tak nampak riang di raut muka
anak-anak Damsyik dan Diyala
yang tagih kan manisan gegula

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi Rohingya masih berduka
nyawanya murah bagai tiada harga
apakah itu kau kata bahagia
dengan calaran bengis berparut di jiwa?

Tidaklah merdeka ku laungkan
selagi melayu aku terlihat
beraksi bagai tiada tuhan
bebas bagai tiada batasan
lupa mati cintakan darjat
harta dicari lupa ibadat
ibu dimaki ayah dihambat
Guru dicela kawan dikhianat
apakah ini bilangnya merdeka?

Setelah kau jerit teriak membising
kata-kata mu yang bukan hakikat
kau fikir zahir ia terlihat
sedangkan ia hanya bayangan
Merdeka yang kau idam impikan
bukan seperti yang kau fikirkan
Tunggulah masa tibanya waktu
baru kau kenal erti hakikat


Karya:PakDerih

31/8/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan