...............................................................

...............................................................

Jumaat, 14 November 2014

JEMAAH ONAR

Juang..
Perjuangan yang lama terjuang.
dilaksana beribu ummat dunia
Pelbagai cara dan nama

lalu di mana datang onarnya?
Agama ditekan diperjuang
namun pada apa dijulang?
jika banyak jemaah diundang
lalu, takutkn ada yang sonsang

Mengapa harus bertengkar sesama
misi juang kalian kan sama
tegakkan tuhan nabiNya
Haruskah tengkar sesama?

Diberi alasan beribu
Hujjah berderet dihalu
Ingin tegakkan diri mu
yang entah fikirlah dahulu

Maka dibincang oleh semua
apakah ISMA IKRAM bersama?
PAS UMNO kan bagaimana?
AmanPalestin AqsarSharif kenapa?
Salaf Sufi juga berbeza?
Sedang dihala misi nan sama
namun tak sebulu sejak mula

Dimana satunya Islam sejagat?
sudahkah rosak menjadi karat?
Biar berbeza seribu pendapat
Lain fikiran perlulah hormat

Jemaah Islam bukan alat
untuk gaduh berpening lalat
asal kau pegang pada Quran
beserta hadith menjadi ikutan
jika diingkar antara satunya
maka rosak dan ponak peranda


Karya: PakDerih
9/11/14



Tiada ulasan:

Catat Ulasan