...............................................................

...............................................................

Ahad, 16 November 2014

JEMU KAN KASIH

Saudari ku yang diam pilu
selama ini hati terpalu
Jiwa tak pernah gerak sehalu
sering bertukar kasih selalu
kadang muak kadang jemu

Bila saban hari diperdaya
Hilangkan sedih terus berlayar
saudari ku yang hilang daya
tiada kuasa dan upaya

Bagaimana untuk ditahan
perit cinta yang terkapai di dahan
atau pahitnya hati berkerahan
tidak mudah malah bersusahan

Hingga kau tak mahu lagi
tak suka lalu membenci
jejaka yang mana lagi
semuanya ditolak tepi
mungkinkah dendam kau isi
Supaya terlepas budi

Namun jauh dalam mata
ku lihat bunga dan sutera
Biar kau bilang benci putera
namun itu hanya bicara
kerna tiada pengkalis cinta

Mungkin bukan kau tak mahu
hanya masa belum tentu
Atau masih takut silu
dengan al kisah dahulu

Karya: PakDerih
17/11/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan