...............................................................

...............................................................

Khamis, 9 Oktober 2014

TEMU KASIH PISAH

Pernah sekali hati ku terpalu
terikat terpaut jiwa bertalu
tak cerita kerna rasa malu
akhirnya terungkap dan ia sehalu
terus hati ku fikirkan kelu
kerna ungkapan ku dialu-alu

bila lama ku diam lepas
berbulan tahun langsung tak jelas
sunyi segala tak terbalas
mungkin kah kerna diri yang malas
atau selama ini tiada ikhlas
mungkin kerna sendiri ku culas
tak jaga hati lidah tak alas

adakah dia sudah tak mahu
diri aku yang dahulu mahu
atau aku yang tidak tahu
selama ini dipaling bahu
tetapi aku tiada nahu

maka aku tak taruh hati
kalau tak mahu kau boleh pergi
tak ku paksa untuk kembali
walau perit biar kau lari
dan takkan ku kembali cari
atau tarik kembali dengan tali

perginya kau kan ku rela
lisan ku sudah bicara tak apa
tak penting bagi ku jodoh siapa
jika kita takdir bersama
suatu hari ketemu juga
andai takdir pisahkan kita
terimalah takdir seada
kerna tuhan pilihkan kita
yang terbaik pasti kan ada


Karya:
PakDerih
9/10/14




Tiada ulasan:

Catat Ulasan