...............................................................

...............................................................

Sabtu, 13 Oktober 2012

al~kisah: BERKURUN BEREBUT

Direbutkan sentiasa.
Bukan wang.
Bukan gadis.
Bukan pangkat.
Tapi tanah yang bernilai harganya.

Tidaklah sesubur tanah Kataha.
Tidaklah setaraf bumi Melaka.
Tidaklah sekaya Roman dan Cina.
Tidaklah juga seluas Rusia.
Tapi direbut berkurun lama.

Direbut oleh pelbagai bangsa.
Tanah ini suci sentiasa.
Dianggap murni tiga agama.
Tanah Al-Quds yang sungguh mulia.

Disana lahirnya Bani Yaakob.
Disana lahirnya Isa A.S..
Disana landasan melintasi langit semua.
Baitulmaqdis nama asalnya.

Untuk hari seterusnya nanti.
Harap ia dirahmati.
Dipimpin oleh Islam sejati.
Porak perandalah rejim Zionist.. Ameen


karya:
PakDerih
12/10/12



Tiada ulasan:

Catat Ulasan