...............................................................

...............................................................

Jumaat, 21 Disember 2012

PERSEPSI MEMBUNUH

Persepsi masyarakat,
berbeza fikirannya, berbeza akalnya.
Tapi ramai sama kepalanya.
Jika seorang rosak,tiada usaha baikinya.
Mereka juga ingin berubah.
Tapi persepsi tidak membenarkannya.

Masyarakat mula mengutuk mereka
bagaikan tiada harapan lagi.
Habis putus usaha membaiki diri
kerana tiada impian yang direstui.

Mereka boleh membaiki diri,
tapi dihina teruk dicaci.
Bagaikan gelap menanti di hadapan,
sedangkan lilin di tangan sendiri.
Kerana mereka habis dihembis angin hinaan,
lilin ditangan terpadam sendiri.

Orang lebih gemar menghukum dan menyalahi,
bagai peluang kedua tiada lagi.
Sedangkan beribu lagi peluang menanti.
Akhirnya terbantut, terhenti.

Masih ada perjalanan lagi,
berilah mereka peluang lagi.
Agar dapat dinyalakan lilin kembali
Semoga bejumpa seinaran suci.



karya:PakDerih
21/12/12



Tiada ulasan:

Catat Ulasan