...............................................................

...............................................................

Sabtu, 28 Mac 2015

MELAYU KU

Keris dihunus tanda megah.
Tanjak dan pencak petanda gah.
Tentera luar semua sergah.
Tertewas dengan sekali agah.
Bukti sahih Tuah sang gagah.

Setiap tanah tapak melangkah.
Sejauh duyung renang menongkah.
Biarpun bumi terpisah rekah.
'Melayu agung' tiada yang pangkah.

Telah terbukti agungnya jelas.
Kemegahan wilayah di peta atlas.
Rakyat Melayu taatnya ikhlas.
Membawa sumpah mandat digalas.
Melayu dipuja tiada culas.

Namun kini bukan lah dahulu.
Melayu kini hanya melulu.
Suruh mengaji, lidah berkelu.
Segala dosa, tiada malu.
Biar teguran diberi bertalu.

Banggakan yang sudah tiada.

Hari ini, Melayu di kaca televisi.
Bukan sebagai adiwira lagi.
Malah menjadi sampah abadi.
Kantoi edar dadah ekstasi.
Melanggar segala hak asasi.
Menconteng arang bangsa sendiri.

Di dada akhbar terpampang.
Bayi Melayu dibiar di simpang.
Isteri habis dipukul lempang.
Membunuh bapa dengan senapang.
Itulah Melayu yang dipampang.

Adakah ini yang kita mahu?
Disanjungi kerana sejarah dulu.
Tapi hancur dek jahil cucu.
Kasihan moyang di makam batu.
Persoal mana megahnya dulu.
Rupanya habis tiada pun satu.
Telah dimusnah zuriat yang baru.

Karya:  PakDerih
16/5/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan