...............................................................

...............................................................

Rabu, 28 Oktober 2015

WARNA POLITIK

Ada yang tengkar
jauh pandang berekar
bezanya dari akar
tiada sepakat mampu lakar
hanya gaduh dan bercakar

ada yang merah
Melayu juangnya sumpah
keris dicium dipapah
semoga anak bangsa melimpah

ada yang hijau bendera
pegang Islam janjikan mara
Quran dirujuk, Islam bersuara
jangan derhaka Yahudi kera
perjuangan suci siapakan tara?

ada yang bermata-mata
ataukah bulan terbalik kata
dahulu merah dia ditakhta
namun dibuang dek khabar berita
maka parti baru tercipta

ada yang mesin terbang angkasa
bukan Cina sahaja merasa
ingin membentuk ratanya bangsa
dengan cara lain perisa

ada yang India semua di pentas
menggenggam janji juang teratas
ada yang Cina semua di dalam
juangkan janji terang tak kelam
bergabung satu dengan sang merah
bangkit menentang penjajah marah
hingga tercipta Malaya gah.

hakikat, politik kita
tidak abadi adil saksama
tidak abadi baik semua
tidak abadi pinta pimpinnya

ada yang campak duit korupsi
hingga duduk di emas kerusi
gunakan duit rakyat seisi
melunas nafsu yang iblis kasi
boros dan jahil akal tak isi

karya:pakderih
28/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan