...............................................................

...............................................................

Isnin, 12 Oktober 2015

FAEDAH ILMU

sedarkah dikau dikala
pasiran bentang ditandus
dan muncul menjadi hijaunya
kemudian tuhan kambus kembali
apakah asbab ditarik hijaunya?

sedarkah dikau dikala
tawar sungai deras mengalir
sedang tercantum dengan lautan
mengapa tuhan cipta sempadan
diantara rasa garam dan payaunya?

sedarkah dikau dikala
matahari hadir di waktu fajar
dan pulang pula di senjakala
tapi mulut tak melihat
kan matahari tak bisa gerak
bagaimana dia hadir dan pulang?

mengapa tuhan memberi kita
beribu soalan dan bermacam rahsia
aku ingin tahu

maka dipinjamkan setitis lautan ilmu
untuk aku
untuk kau
untuk dia
untuk mereka
agar dikaji tahu
tidak bodoh melulu
mencipta faedah ilmu

Karya: PakDerih
13/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan