...............................................................

...............................................................

Rabu, 7 Oktober 2015

RAJUK INTIP

Ku ceritakan semua
untuk mu kisah ku.
bagaikan diari diri ku.
ku tulis nama mu
di lembar riwayat ku,
dengan tinta kasturi yang tiada tahu
kecuali kau, aku dan Yang Maha Tahu.

Apa lagi kau sangsi
akan jalan cerita ku.
Kan ku beritahu satu persatu
setiap langkah nafas ku.
Rahsia dan malu ku.
Yang buruk ku.
Yang lama ku.
Yang hitam ku.
Yang gelap ku.
Segala apa yang kau tak tahu.

Kau masih sangsi.
Bagai tak percaya.
Sedangkan aku anggap mu diri ku.
Kisah ku milik mu.
Jaga ia semahu-mahu.

tapi......
kau buang percaya.
Kau suruh orang ketiga menyelak lembaran ku.
bukankah telah ku bacakan untuk mu setiap kalimahnya?
mengapa harus ada yang lain menyelakkan untuk mu?
intipkan kisah agung ku untuk mu?
telah ku halalkan ia untuk kamu dan seorangnya kamu.
siapa pula yang ketiga itu?

Aku sedih...
Aku malu..
Rajuk...

Karya: PakDerih
8/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan