...............................................................

...............................................................

Jumaat, 16 Oktober 2015

UJIAN SAYANG, MURKA

Rasa sensara
beribu lara
habis merana
sedih, pilu sentiasa
tak terungkap masa
betapa dasyat, landanya apa?

ujian tuhan datang
kerna ingin dosa dihilang
kadang untuk membiar matang
untuk ditegur yang lepas dan  datang
tanda tuhan masih sayang

ujian tuhan datang
kerna derhaka tak hendak ditatang
manusia kadang berperangai binatang
azab tuhan berpukal lintang
murka tuhan tak mampu ditentang

ujian..
terima kasih tuhan
ingatkan lupa ku.
ampunkan aku
aku takut pada mu.

Karya: PakDerih
17/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan