...............................................................

...............................................................

Jumaat, 16 Oktober 2015

PERMAINAN

kecil-kecil si cili padi.
bermain tepuk, berlumba lari
merasa kahwin di awal usia
masak-masak pun dimain juga

campak lah batu seremban
ceper baling, jadi jamban.
galah panjang berlari-lari
rebut tiang jadi tradisi
pelbagai permainan sebelum kini

kecil-kecil sang peranti
sudah lain melayan diri
biar dikumpul ribu anak kecil
tak diendah, pandang dialih

sudah ada skrin tangan
hanya perlu sentuh dan layan
main bola, memasak, berlari, berlawan
dalam skrin yang ada di tangan

kawan di sebelah tak dipeduli
kadang buat tak kenali
lebih minat bersendiri
hilang ukhwah anak kini
dek pemancar skrin

karya: pakderih
15/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan