...............................................................

...............................................................

Sabtu, 10 Oktober 2015

TAKUT KIAMAT

Kerap aku terfikir
akan zaman aku
masihkah ada untuk ku
esok dan lusa?
atau sudah tamat dunia
di minggu hadapan.

satu-satu tanda hadir
hanya ku lihat
cuba mengerti
mengapa harus kau muncul
hari ini?
risau aku.
tak mahu melihat
dunia hancur

kitab tuhan di persada
telah lisan ilahi bersabda
kehancuran itu terbukti ada
pasti ada, tak pasti bila.
asal kau tahu, ia ada.
tiada tunda.
Sampai masa, kena jua.

maka kita banyakkan ibadat
minta diampun dosa di badan.
pikulkan pahala bertindan-tindan
semoga terhidu firdausi
tiada calar
tiada api

Karya: PakDerih
10/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan