...............................................................

...............................................................

Ahad, 11 Oktober 2015

KESAKSIAN TANAH MELAYU

Melaka menjadi saksi
segala jadi
seluruh manusia ke mari
berbondong-bondong ke paksi
Dagang, kembara, mencari rezeki
entah lah mengapa Melaka
dipaksa menjadi saksi

Gunung Ledang menjadi saksi
kegagahan Tuah bermain keris
hatta dicucuk tak bisa mati
kebalnya tanda seribu sakti
di dalam keris si Taming Sari
walau tiada jaminan tak mati

Betapa gemilang moyang ku
ku fikir istingar tiada apa
ku fikir pemuras tiada apa
ku fikir lela tiada apa
ku fikir terakol tiada apa
kerna ku kenali lembing sahaja

Wahai tuhan kepada Melaka
tuhan kepada Gunung Ledang
tuhan kepada Taming Sari
ku pinta rayu sayu doa ku
biarkan tanah ini aman
sampai manusia terakhir mati.

Karya: PakDerih
12/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan