...............................................................

...............................................................

Selasa, 13 Oktober 2015

QURAN MISTIK

Digenggam kalam
firman tuhan berhias
aku cuba faham
segala dialek kias
genggam dengan geraham
ilmu cuba dilempias

dari siapa ini kata
pelbagai isi dan fakta
membujuk hati nan patah
kisahkan silam yang satah
cerita masa depan yang entah
penawar sakit, penawar duka

ke mana kau simpan ia
di almari besi berkaca
atas rak berhabuk debu
kau simpan tak sentuh lagi
cukup kau jadikan bukti
bahwa kau seorang muslim

padahal baca tak pernah
lagikan difahami
kalam sekadar hiasan islami
kononnya menghalang syaitan mari
dari kitab suci
kau jadikan takal mistik

Karya: PakDerih
14/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan