Sembang-sembang bual senda
dahulu jumpa riuh lah tanda
bisingnya hingga negeri Sunda
betapa riang sambil menyandar
terpekik-pekik dan ketawa
terbahak gelak terbawa-bawa
sang gadis ukir senyumnya lawa
tanda sopan dan manis si hawa
menjadi idaman segala dewa
kadang gurau bertepuk tampar
kadang bantal dan tisu dilempar
kerana gurau mulut celupar
akhirnya termakan selipar
candaan begitu pun dihampar-hampar
hari ini tidak lagi
ada telefon skrin di jari
dua puluh empat jam pun tak henti
dek ketagih kan teknologi
tiada sembang gurau lagi
tinggal manusia berhati besi
kaki pabila kawan di sisi
karya:pakderih
27/10/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan