...............................................................

...............................................................

Ahad, 18 Oktober 2015

MAJU KU KENAL

Bermula dengan mengenal lampu
ku tekan suis buka tutup
ku lihat malap terang
ku teruja

kemudian aku kenali
kotak yang juga ada lampu
digelar ia televisi
ada orang di dalam itu
bagaimana muat ku tak tahu
ku tukar siaran baru,
ku lihat orang baru.

ku kenali pula telefon
banyak butangnya
ku tekan-tekan
hanya pilih susunan nombor
terhubung aku dan ibu di kampung

ku kenali pula komputer
kotak televisi yang berbeza
ku bisa menulis kerja di situ
oh, lupa.
ku tak tulis.
ku taipkan ia.
kemudian ku simpan
tanpa memegangnya.

ku kenali telefon bimbit.
ku bawa ke mana sahaja.
satu kampung ku hubungi saja.
kemudian datang telefon pintar.
banyak pula guna-guna
ada telefon, ada komputer
ada televisi ada lampu

macam-macam ada.
dunia sudah maju
tuhan, kenal kan aku
dengan apa lagi yang baru
ku ingin tahu

karya : pakderih
17/10/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan