...............................................................

...............................................................

Isnin, 4 Ogos 2014

AKU HANYA

Aku hanya..
Orang-orang biasa..
marhaen bukan maulana..
tiada tanah untuk ku wariskan..
tiada emas terkumpul di kamar..
Tiada wang untuk bermahar..
Tiada pangkat yang bisa dibangga.

Aku hanya..
penyambung cerita
menyambung nasab
Agar mengalir kelumit darah
Datuk moyangku yang pergi lama.

Aku hanya...
watak sandiwara..
Yang bermain gaya di pentas.
yang gerakku kan sering dilihat
Dinilai, dikritik dan dibicara..
Persoalkan pahala dosa
apa amalku yang terpahat
dan mengapa dosa ku tersurat.

Aku hanya..
insan berdosa..
Tiada maksum keatas ku..
dosaku belum pasti terampun..
ibadatku belum pasti terima..
doaku rayui makbul..
imanku belum tentu kekal..
akhlakku belum tentu terjaga..

Aku hanya..
sebentuk jasad.
tiadalah keturunan pahlawan.
mahupun raja Champa dan Jawa.
Tiada moyangku menjadi ulama.
darah silam ku hanya biasa..
merah juga warnanya..

Silapku, tegur lah..
Salahku, ajarlah..
Songsangku, tunjuklah..
Dosaku , ampunilah..
Aku insan biasa...

Karya:
PakDerih
5/8/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan